Apple Membuka Makmal Penyelidikan Untuk Mempertingkatkan Kemampuan Kamera iPhone
Hanya beberapa tahun yang lalu, iPhone dengan mudah dinobatkan sebagai raja kamera peranti mudah alih. Ia digunakan oleh golongan profesional yang mahukan kualiti gambar yang baik tanpa perlu membawa kelengkapan kamera yang besar. Sejak kebelakangan ini gelaran peranti dengan kamera terbaik berpindah ke tangan Samsung. Dari segi ketajaman gambar, kepantasan pemfokusan dan kemampuan mengambil gambar di dalam keadaan gelap, Galaxy S7 dengan mudah mengalahkan iPhone 6S.
Ini adalah antara sebab mengapa jualan S7 melangkaui jualan iPhone 6S di Amerika pada suku pertama tahun ini. Menyedari saingan dari pengeluar lain, Apple membuka sebuah makmal di Grenoble Perancis. Makmal ini akan menumpukan kepada kajian teknologi optik bagi mempertingkatkan kemampuan kamera iPhone di masa hadapan. Makmal sebesar 800 meter persegi ini dibina dengan kerjasama STMicroelctronics yang membekalkan pelbagai komponen iPhone dan Apple Watch kepada Apple.
Kepada peminat iPhone ini berita baik kerana jelas Apple mula menyedari mereka perlu berusaha lebih keras bagi mengalahkan pengeluar lain. Kemampuan kamera yang baik ialah antara kriteria utama yang dicari oleh pengguna sekarang. Mungkin dalam masa terdekat iPhone dapat merampas semula takhta peranti dengan kamera terbaik. Ini seterusnya membuatkan pengeluar lain untuk menggiatkan inovasi. Kita sebagai pengguna yang mendapat keuntungan.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/29IIexk
Post a Comment