Hi! Welcome Back and Stay Tune! Fallout Shelter Kini Sedia Dimuat-Turun Oleh Pengguna PC Secara Percuma - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Fallout Shelter Kini Sedia Dimuat-Turun Oleh Pengguna PC Secara Percuma

Fallout Shelter adalah salah satu permainan yang menarik telah diperkenalkan bersempena dengan permainan Fallout 4 dan ditawarkan untuk pengguna peranti mudah-alih pada awalnya. Melaluinya, pemain akan membina kubu bawah tanah dan menjaga keharmonian penduduknya.

Fallout Shelter

Sejak ia diperkenalkan, ia adalah salah satu permainan yang dimainkan ramai pada peranti mudah-alih memandangkan ia ditawarkan secara percuma, selain cara permainannya yang menarik. Bethesda sendiri mengatakan lebih 50 juta pemain telah memuat-turunnya sejak ia ditawarkan.

Selepas hanya ditawarkan untuk peranti mudah-alih, hari ini seperti Bethesda janjikan sebelum ini, mereka telah pun melancarkan permainan Fallout Shelter ini untuk pengguna PC.

Permainan ini ditawarkan secara percuma kepada semua – dan turut hadir dengan ciri-ciri baru yang membolehkan pemain meneroka dan menetapkan misi berbeza – selain sistem perlawanan baru yang membolehkan pemain mengawal aksi Dweller.

Untuk memuat-turun permainan Fallout Shelter ini ke PC, pengguna terlebih dahulu perlu memuat-turun Bethesda Launcher dan memuat-turun permainan ini secara percuma.

Muat-Turun Bethesda Launcher untuk PC






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2a1DYer

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.