Hi! Welcome Back and Stay Tune! Google Hangouts Kini Membolehkan Anda Jemput Rakan Sertai Perbualan Kumpulan Melalui Pautan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Google Hangouts Kini Membolehkan Anda Jemput Rakan Sertai Perbualan Kumpulan Melalui Pautan

Google Hangouts merupakan salah satu perkhidmatan permesejan yang disediakan oleh Google dan hadir terbina pada kebanyakkan telefon pintar Android dipasaran. Ia boleh dikatakan jarang digunakan pengguna, tetapi masih mempunyai peminatnya tersendiri, dan Google juga agak aktif menambah beberapa fungsi baru.

Paling terkini, Google telah menambah kebolehan untuk pengguna menjemput rakan-rakan lain melalui pautan untuk menyertai perbualan berkumpulan. Sebelum ini, kebiasaannya, pentadbir perlu menambah ahli dalamnya secara manual dan boleh dikatakan ia merupakan salah satu proses yang agak memakan masa.

Google Hangouts

Pengenalan perkongsian pautan ini boleh dikatakan memudahkan proses berkenaan. Pengguna yang berminat boleh menyertai sesuatu kumpulan dengan hanya menekan pada pautan berkenaan dan mula berbual dengan rakan-rakan lain dalam kumpulan serta-merta.

Kemaskini baru ini hadir pada Google Hangouts di Android, dan boleh digunakan semua pengguna pada hari ini.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/29GNRsN

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.