Bahagian Peranti Mudah Alih LG Distruktur Semula Akibat Jualan G5 Yang Mengecewakan
LG G5 yang diperlihatkan pada MWC Februari lalu menerima banyak pujian dari laman teknologi dan penganalisa kerana melakukan perubahan rekaan peranti. Setelah bertahun-tahun pasaran dipenuhi peranti pelanduk dua serupa, LG dengan berani melancarkan peranti dengan kemampuan modular ini. Malang bagi mereka pujian yang diterima tidak berubah menjadi jualan yang tinggi. Setakat ini jualan peranti modular komersial ini dilaporkan mengecewakan.
Oleh sebab itu bahagian peranti mudah alih LG kini terpaksa distruktur semula mengakibatkan sebilangan pekerja terpaksa diberhentikan. Di Malaysia LG G5 masih belum dijual dan Nexus 5X hanya akan dijual bermula bulan ini selepas hampir setahun dilancarkan. Kegagalan mereka menjual peranti ke pasaran yang lebih besar seperti Apple dan Samsung sedikit sebanyak membuatkan jualan G5 mengecewakan.
Secara ikhlas kami tidak merasakan peranti modular ialah teknologi yang diperlukan. Modul dijual pada harga yang mahal dan peranti tidak mempunyai kemasan yang baik. Apa pula pendapat anda? Adakah terdapat pasaran untuk peranti modular seperti G5 dan Moto Z di Malaysia?
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/29deUjJ
Post a Comment