Facebook Bereksperimen Dalam Memudahkan Anda Berkongsi Dalam Pelbagai Bahasa
Facebook pada hari ini hanya membenarkan anda berkongsi sesuatu status dalam satu bahasa sahaja, dan ini mungkin sesuatu yang sukar sekiranya anda ingin berkongsi sesuatu dikalangan pengguna yang menggunakan pelbagai bahasa – contohnya di Malaysia. Untuk ini, kini Facebook bereksperimen dengan sebuah fungsi baru.
Melaluinya, pengguna boleh menulis dalam bahasa utama, tetapi turut memilih untuk memaparkannya dalam beberapa bahasa lain berdasarkan kepada pilihan pengguna. Sebagai contoh, anda boleh menulis dalam bahasa Inggeris, dan turut memilih untuk memaparkannya dalam bahasa Malaysia, Mandarin dan juga Tamil.
Facebook akan membuat terjemahan secara automatik untuk status atau perkongsian tersebut – tetapi pada masa yang sama anda turut akan diberikan kebebasan untuk menyunting perkongsian berkenaan supaya lebih tepat penyampaiannya.
Buat masa ini, fungsi ini dalam peringkat ujian sahaja, dan hanya segelintir kecil pengguna akan melihatnya. Tidak mustahil untuk kita melihat Facebook memperkenalkan fungsi ini secara meluas suatu hari kelak.
http://ift.tt/29b17c7
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/29zarVA
Post a Comment