Perkasa mahu tubuh MUIN demi kepentingan Islam
KUALA LUMPUR: Bimbang dengan masalah dan kemelut yang dihadapi umat Islam di Malaysia, Perkasa bercadang untuk menubuhkan Majlis Ukhwah Islamiah Negara (MUIN).
Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, memorandum cadangan itu akan dipersembahkan sendiri kepada Majlis Raja-Raya dan Yang Di Pertuan Agong.
“Memoradum ini sudah hampir siap dan antara lain ia menekankan keperluan Majlis Raja-Raja mengambil inisiatif ke arah mewujudkan cadangan MUIN ini,” katanya dalam sidang media di Pejabat Perkasa, hari ini.
Ujarnya, Majlis Raja-Raja dan Agong perlu dilibatkan dalam MUIN kerana mereka adalah ketua agama Islam di peringkat negeri dan Persekutuan.
“Kita akan hujahkan dengan mengambil kira perkembangan semasa dengan perkara yang berbangkit ketika ini.
“Kita tidak nampak jalan lain untuk cari titik pertemuan kecuali sebuah institusi yang mendapat restu dan perkenan Majlis Raja-Raja,” ujarnya.
Tambah Ibrahim, parti-parti politik dan badan bukan kerajaan akan turut dilibatkan kerana isu-isu yang dibentangkan adalah merentasi kepentingan Islam.
“Ia bukan sahaja berkaitan undang-undang, tetapi juga melibatkan syariat,” katanya.
Dengan adanya MUIN, Ibrahim berharap kenyataan mufti-mufti yang bercanggah di antara satu sama lain dielakkan.
“Walhal dalam kalangan mufti sendiri tidak ada kesatuan fikiran dan mufti ini pula jika ada isu-isu yang besar haruslah berbincang terlebih dahulu sebelum membuat kenyataan
“Hal ini kerana jika masing-masing buat kenyataan mengikut selera, apa yang akan berlaku kepada agama Islam ini,” katanya.
Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/29eTGPX
Post a Comment