Hi! Welcome Back and Stay Tune! Guan Eng perlu letak jawatan buktikan prinsip DAP, kata ketua Puteri - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Guan Eng perlu letak jawatan buktikan prinsip DAP, kata ketua Puteri

ermieyati_lim-guan-eng_600

MELAKA: Lim Guan Eng diminta berundur dari jawatannya sebagai ketua menteri Pulau Pinang sebagai menepati prinsip cekap, telus dan akauntabiliti yang kononnya diamalkan serta dilaungkan oleh parti DAP.

Ketua Puteri Umno Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata pendiriannya untuk kekal sebagai ketua menteri walaupun didakwa di mahkamah atas tuduhan salah guna kuasa jelas menunjukkan slogan DAP itu hanyalah sekadar retorik politik.

“Apa yang berlaku ke atas DAP sekarang ini (Guan Eng), seumpama meludah dan terkena ke muka sendiri.

“Isu ketidaktelusan kerajaan BN yang sebelum ini hebat diperkatakan sehingga menjadi salah satu inti pati dalam berkempen sebenarnya adalah bagi mengaburi mata rakyat terhadap tindakan songsang DAP,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, demi sebuah maruah dan menunjukkan DAP sangat cekap, telus, berintegriti, amanah dan telus, Guan Eng harus berundur daripada jawatannya.

“Kelantangan Guan Eng selama ini menerusi slogan CAT (Cekap, Telus, Akauntabiliti) tidak lebih seperti muslihat bagi mengaburi rakyat dan diumpamakan ‘cakap tidak serupa bikin’.

” Ini hanya (permainan) wayang DAP semata-mata,” kata Mas Ermieyati.

Lim, 56, dituduh menggunakan kedudukannya sebagai ketua menteri untuk kepentingan peribadi dan isterinya, Betty Chew Gek Cheng, dengan meluluskan urusan menukar status sebidang tanah daripada tanah pertanian kepada tanah kediaman dan memindah miliknya kepada sebuah syarikat, Magnificient Emblem Sdn Bhd.

Bagi pertuduhan kedua, setiausaha agung DAP itu dituduh mendapatkan untuk dirinya dan isteri secara rasuah sebidang tanah serta banglo di 25, Jalan Pinhorn, George Town, Pulau Pinang daripada seorang ahli perniagaan wanita, Phang Li Koon pada harga RM2.8 juta.

Beliau mengaku tidak bersalah dan dibenarkan ikat jamin RM1 juta dengan seorang penjamin.

BERNAMA





Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/29BnNkb

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.