Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dua penjenayah Geng 35 ditembak mati - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dua penjenayah Geng 35 ditembak mati

KUALA LUMPUR: Dua penjenayah dipercayai anggota Geng 36 gelap ditembak mat  selepas berbalas-balas tembakan dengan sepasukan polis di Lebuh raya Selayang-Kepong, di sini, awal pagi semalam.

Mereka dikenali sebagai Uva dan Sri Murni Boy, dipercayai bergerak aktif dan bernaung di bawah Geng 36 di kawasan Intan Baiduri, Kepong.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd Adnan Abdullah, berkata kejadian berlaku kira-kira 4 pagi apabila pihak polis melihat sebuah kereta Proton Waja dalam keadaan mencurigakan ketika menjalankan Op Cantas Khas 2.

Beliau berkata pihak polis yang terdiri daripada pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, mengarahkan mereka untuk berhenti bagi pemeriksaan.

Namun suspek memecut kereta berkenaan sehingga ke kawasan berhampiran FRIM. “Ketika kami mengejar, suspek menghimpit dan melanggar kereta peronda polis sebelum ia terbabas dan merempuh sebatang pokok di tepi jalan kira-kira 100 meter dari tempat kejadian.

“Apabila kereta mereka terbabas, suspek keluar dan berbalas-balas tembakan dengan anggota polis sebelum mereka cedera dan rebah di atas jalan serta meninggal,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Mohd Adnan berkata hasil semakan,  pihak polis menemukan dua pucuk pistol jenis Smith & Wesson dan Norinco,  yang satu daripadanya masih mempunyai enam butir peluru, 11 paket disyaki dadah, sembilan telefon bimbit dan sebuah beg di dalam kereta berkenaan. – Sarawakvoice.com



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.