Hi! Welcome Back and Stay Tune! SPRM panggil 13 individu bantu siasatan rasuah Datuk Seri, Datuk - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

SPRM panggil 13 individu bantu siasatan rasuah Datuk Seri, Datuk

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memanggil 13 individu bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan tiga penjawat awam, termasuk yang bergelar ‘Datuk Seri’ dan ‘Datuk’ yang ditahan, Isnin lalu.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki berkata, mereka yang dipanggil itu berada di ibu kota, Kelantan dan Melaka sebelum ini dicari untuk membantu siasatan kes berkenaan.

“Mereka ini berjaya dikesan dan telah bekerjasama kepada SPRM untuk membantu siasatan.

“Mereka antara 19 orang yang dikehendaki untuk membantu siasatan kes ini. Enam orang lagi masih dicari yang kini berada di Kuala Lumpur, Kelantan dan Melaka dan kita yakin dapat mengesan mereka beberapa hari lagi,” katanya ketika dihubungi Bernama, semalam.

Beliau bagaimanapun, enggan mengulas sama ada terdapat di antara 13 individu itu berkhidmat di tempat sama dengan tiga individu yang ditahan itu.

Isnin lalu, tiga penjawat awam berumur lingkungan 50-an itu ditahan atas kesalahan rasuah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram.

Mereka bertiga masing-masing berkhidmat di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB), ditahan di lokasi di ibu negara, Melaka dan Kelantan.

Mereka ditahan dalam operasi serentak kira-kira jam 12 tengah hari dan 2 petang hari yang sama.

Susulan penahanan tersebut, akaun milik ketiga-tiga individu berkenaan melebihi RM13 juta telah dibekukan, meliputi wang simpanan dan amanah saham bernilai antara RM1 juta hingga RM6 juta setiap seorang.

Turut disita beberapa unit kondominium mewah termasuk unit penthouse dan rumah banglo serta kenderaan mewah antaranya Maserati, BMW dan Audi yang dipercayai hasil rasuah dan pengubahan wang haram.

Selain itu, wang bernilai lebih kurang RM400,000, termasuk mata wang asing, serta beberapa utas jam tangan mewah juga dijumpai dalam operasi berkenaan.



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.