Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jamal, tak usahlah anjur himpunan Baju Merah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jamal, tak usahlah anjur himpunan Baju Merah

KUALA LUMPUR: Malaysian Chinese Association (MCA) menggesa penganjur perhimpunan ‘Baju Merah’, Datuk Jamal Mohd Yunus agar membatalkan hasratnya untuk menganjurkan sebarang perhimpunan ketika negara sedang menghadapi pelbagai cabaran.

Setiausaha Agung parti itu, Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata, akibat kelembapan ekonomi dunia, Malaysia tidak terlepas daripada dilanda krisis ekonomi, katanya mengikut laporan China Press yang dipetik Sinar Harian Online.

“Oleh itu, semua kaum di negara kita perlulah bekerja lebih keras untuk memastikan kedudukan ekonomi Malaysia terus berada di landasan yang kukuh,”.

Ka Chuan berkata demikian sebagai mengulas ‘Himpunan Baju Merah’ akan datang bakal menampilkan 40 peratus penyertaan kaum Cina sebagai reaksi balas kepada demonstrasi Bersih 5.0.

Menurut Ka Chuan, lebih kurang dua minggu lagi negara kita akan menyambut Hari Kebangsaan, semua kaum sepatutnya mengamalkan semangat 1Malaysia bagi menunjukkan perpaduan di negara masih kukuh. – Sarawakvoice.com



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.