Hi! Welcome Back and Stay Tune! Patriotisme bukan sekadar kibarkan bendera - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Patriotisme bukan sekadar kibarkan bendera

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, semangat patriotisme bukan sekadar mengibarkan bendera, menyanyikan lagu kebangsaan atau mengangkat ikrar taat setia terhadap prinsip Rukun Negara.

Perdana Menteri berkata, patriotisme adalah lebih daripada itu dan mempunyai beberapa tingkat.

Ujar beliau, peringkat pertama, patriotisme bermakna kita bersama-sama berganding bahu ke arah mencapai sebuah matlamat yang murni buat tanah air kita.

“Setiap perkara yang kita lakukan, pekerjaan kita usahakan, dengan niat untuk meningkatkan taraf hidup sesama kita boleh disifatkan sebagai semangat patriotisme,” katanya dalam dalam rakaman audio mengenai patriotisme yang dimuat naik dalam blog najibrazak.com.

Najib berkata, peringkat atau tahap kedua adalah usaha yang kita berikan secara ikhlas untuk membantu insan-insan yang lain.

Najib berkata, beliau berbangga ramai anak muda menceburi bidang sukarelawan melalui NGO-NGO bagi membantu golongan yang memerlukan.

Peringkat ketiga adalah usaha serta pengorbanan mempertahankan keharmonian dan kedaulatan hatta pergorbanan nyawa sekalipun. “Pengorbanan pasukan keselamatan kita yang berhadapan dengan risiko kehilangan nyawa pada setiap masa dalam melindungi negara ini adalah tergolong dalam kategori ini, tambahnya.

Namun begitu, kata Perdana Menteri, orang awam yang lain juga mempunyai tanggungjawab melindungi keharmonian masyarakat.

Menurut beliau, rakyat harus mengelakkan daripada berlakunya perselisihan, hentikan pergaduhan dan sentiasa berjaga-jaga dengan ancaman fitnah yang tersebar kerana ini semua akan merosakkan keharmonian negara.

“Jadi, saya ingin bertanya, “Di mana peringkat kita?,” katanya. – Sarawakvoice.com



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.