Hi! Welcome Back and Stay Tune! Najib janji serah kerajaan, parti kepada pengganti - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Najib janji serah kerajaan, parti kepada pengganti

TUMPAT: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau akan menyerahkan kerajaan dan parti dalam keadaan yang kuat kepada pemimpin seterusnya bagi meneruskan legasi perjuangan pemimpin terdahulu.

Screen Shot 2016-08-20 at 16.00.12Namun bagi merealisasikan hasrat itu, Najib yang juga presiden UMNO menegaskan anggota parti perlu bersikap setia dan tidak menyerang parti walaupun berbeza pendapat dengan kepimpinan semasa parti.

“Perjuangan kita melewati pemimpin … bila bersara nanti saya nak serah kerajaan dan parti (yang kuat). Saya (akan) pesan (kepada pemimpin seterusnya) tolong bawa parti dan kerajaan (menjadi) lebih hebat daripada zaman saya,” katanya.

Beliau berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Perasmian Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Tumpat di Sekolah Kebangsaan (SK) Kubang Batang, di sini hari ini.

Najib berkata sebab itu beliau menghargai bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan pesanan kepada dirinya supaya membawa lebih banyak kejayaan kepada Malaysia berbanding apa yang beliau (Abdullah) sendiri telah lakukan.



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.