Tan Sri Hamdan Sirat, bekas Pesuruhjaya Polis Sarawak kembali ke rahmatullah
KUCHING: Mantan Pemangku Yang di-Pertua Negeri Sarawak dan Mantan Pesuruhjaya Polis Sarawak Tan Sri Hamdan Sirat, 95 tahun, telah kembali ke rahmatullah di rumahnya di No. 63 Demak Baru, Petrajaya kerana sakit tua.
Mengikut cucu beliau, Zarith Sophia dalam catatan Facebooknya, datuknya meninggal dunia dalam tidur.
“Datuk saya Tan Sri Hamdan Sirat, 95 tahun meninggal dunia dalam tidur pada jam 2.28 petang hari ini. Semoga Allah s.wt mencucuri rahmatnya,” katanya.
Beliau merupakan anak Sarawak pertama yang dilantik sebagai Pesuruhjaya Polis Sarawak, selepas kemerdekaan.
Sewaktu pentadbirannya, berlaku pelbagai peristiwa termasuk konfrontasi, ancaman komunis serta pergolakan politik negeri.
Namun peristiwa perjanjian Sri Aman akan sentiasa diingati kerana penyerahan diri beramai-ramai pasukan komunis untuk kembali ke pangkuan masyarakat.
Kata Zarith Sophia lagi dalam kemas kini catatan tersebut, “Nek Atok , im gonna miss u so much… At 95 u have achieved all the things u wanted in your life now its time to rest with grandma and aunty tipah.. Tq for always believing in me and thank you for always telling me that everything will be ok if its not ok its not the end.”
Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Semariang pada jam 11 pagi esok. – Sarawakvoice.com
Kredit : SarawakVoice.com
Post a Comment