Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jerebu: Wan Junaidi hantar surat bantahan kepada Indonesia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jerebu: Wan Junaidi hantar surat bantahan kepada Indonesia

KUCHING: Kawasan barat Sarawak akan terus berhadapan situasi berjerebu, yang berpunca daripada jerebu rentas sempadan, dan peningkatan titik panas di Kalimantan Barat.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, berdasarkan maklumat Pusat Pakar Meteorologi Asean, bilangan titik di Sumatera kini dikesan di tujuh lokasi manakala di Kalimantan meningkat kepada 183 lokasi, berbanding 177 sehari sebelumnya.

Sehubungan itu, Wan Junaidi akan menulis kepada rakan sejawatnya di Indonesia bagi menyatakan kebimbangan Malaysia dan meminta negara itu mengambil tindakan yang lebih proaktif untuk mengelak peristiwa jerebu 2015 tidak berulang.

“Saya memaklumkan bahawa kebakaran yang berlaku di Kalimantan dan juga di Sumatera iaitu khususnya di Jambi dan Riau adalah membimbangkan.

“Jadi kita menggesa pihak Indonesia mengambil tindakan yang lebih daripada apa yang mereka ambil sekarang untuk menangani masalah ini, dan menggelak apa yang berlaku pada tahun 2015 agar tidak berlaku atau berulang lagi pada tahun ini,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke SK Gersik dekat sini pagi semalam.

Pada masa yang sama katanya, pihaknya sedang mengenal pasti 15 titik merah yang dikesan di Sarawak.

Antara lokasi titik panas tersebut ialah satu di Limbang, Miri (2), Bintulu (1) , Kapit (2) , Sibu (4) , Sarikei (1) dan Sri Aman (4).

“Kawasan-kawasan titik panas ini sedang disiasat dan akan diambil tindakan penguatkuasaan sewajarnya,” katanya sambil menjanjikan semakan sama ada kebakaran ini telah mendapatkan kelulusan Lembaga Sumber Asli dan Persekitaran Sarawak (NREB).

Sementara itu, sehingga 18 Ogos lalu sebanyak 2,230 kes kebakaran terbuka telah dilaporkan di seluruh negara, yang melibatkan 292 kes kebakaran hutan, 513 belukar dan 48 kebakaran di tapak pembinaan .

“Sebanyak 68 kes kebakaran di tapak pelupusan sampah turut dicatatkan, selain 15 kes kebakaran industri, 578 kes kebakaran kawasan pertanian dan 716 lain-lain.

“Daripada jumlah tersebut, 207 kompaun telah dikeluarkan, 21 surat dan 29 notis arahan telah diserahkan kepada individu pesalah,” tegasnya. – Sarawakvoice.com



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.