Hi! Welcome Back and Stay Tune! Masing sedia ditentang sebagai Presiden PRS - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Masing sedia ditentang sebagai Presiden PRS

KUCHING: Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Tan Sri Dr James Jemut Masing seorang yang berani dan demokratik.

Penyokong PRS perlu tabik kepada beliau.

Sebab, beliau bersedia semua jawatan dalam parti ditandingi.

Bukan semua pemimpin parti bersedia semua jawatan dicabar, lebih-lebih lagi jawatan presiden.

Tetapi adakah mana-mana pemimpin lain dalam PRS termasuk timbalan dan naib presiden yang  bersedia untuk mencabar kedudukan Masing itu?

Adakah kata-kata Masing itu bagai pukul anak sindir menantu?

Namun, sebelum mencabar Masing, pemimpin berkenaan perlu mengukur baju di badan sendiri.

Orang tua-tua pernah berpesan, kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga.

Sesungguhnya, Masing bersedia menerima cabaran berkenaan dalam persidangan tiga tahun sekali di Bintulu Oktober depan.

Yang penting segalanya dilakukan mengikut perlembagaan parti.

“Jika ada yang hendak mencabar saya dan punya penyokong itu ialah sebahagian daripada politik. Kita tak akan halang mereka berbuat demikian,” katanya kepada pemberita di dewan Suarah Kuching, semalam.

Bagi Masing, adalah sesuatu yang positif dan baik apabila terdapat cabaran dalam parti, apatah lagi tentangan dalam parti adalah sesuatu yang demokratik.

“Jika tidak ada cabaran atau tentangan, parti akan mati,” katanya selepas merasmikan satu majlis, semalam.

Masing percaya, sebarang tentangan atau perlawanan tidak akan membawa kepada perpecahan.

Lebih mengagumkan, tidak akan ada tindakan disiplin terhadap pencabar.

Sesungguhya, sesiapa yang yakin mempunyai penyokong dan boleh menang, boleh berusaha untuk mendapat jawatan yang lebih tinggi. Ini tentu merupakan satu percubaan untuk menjadikan PRS lebih dinamik.

“Saya percaya ahli parti tahu apa yang baik untuk diri mereka,” kata Masing seolah-olah memberi amaran.

Maksud beliau, jika berlaku kesesakan di atas, dan mereka tidak dapat naik ke atas, mereka terbabit akan mencari parti lain.

Sudah terang lagi bersuluh, dalam sikap keterbukaan dibayangkan oleh Masing, ahli dan pemimpin parti yang hendak mencabar, perlu terlebih dahulu mengukur kekuatan dan kelemahan diri.

Mampukah sesiapa melawan dan menumbangkan Masing?



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.