Pengguna Surface Pro 3 Melaporkan Masalah Bateri Tidak Boleh Dicas
Minggu ini cukup padat dengan berita peranti bermasalah. Kali ini giliran kami untuk melaporkan masalah yang melanda sebilangan pemilik Microsoft Surface Pro 3. Mereka melaporkan komputer tablet mereka tidak boleh dicas selepas kehabisan bateri. Akibatnya mereka terpaksa memasang kabel pengecas sepanjang masa untuk membekalkan kuasa.
Masalah hanya melibatkan pemilik Surface Pro 3 yang dilengkapi bateri keluaran LG. Microsoft menyedari akan kewujudan masalah ini dan sedang cuba menyelesaikannya. Ini masalah bateri kedua yang melibatkan Surface Pro 3. Sebelum ini pepijat perisian mengakibatkan bateri keluaran Simplo yang digunakan tidak menunjukkan jumlah pengecasan sebenar. Akibatnya hayat penggunaan peranti menjadi terlalu pendek.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2d4nLWk
Post a Comment