Hi! Welcome Back and Stay Tune! Orang Sarawak jangan bergaduh tentang tarikh kemerdekaan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Orang Sarawak jangan bergaduh tentang tarikh kemerdekaan

Ada orang beranggapan orang Sarawak bersikap kenegerian. Ada yang kata orang Sarawak mementingkan diri sendiri. Betulkah dakwaan itu? Atau itu hanya tuduhan melulu? Bagi sesetengah orang kenyataan itu ada kebenaran, tetapi bagi orang Sarawak, mereka tidak mahu menerima kenyataan sedemikian.

Jolok sahaja sedikit tentang Sarawak, orang Sarawak akan melenting. Orang Sarawak kini dikatakan terlalu taasub dengan negeri Sarawak sehingga mereka tidak kisah tentang perasaan rakyat lain di negara ini. Sesetengah mereka tidak mahu mengiktiraf 31 Ogos sebagai Hari Kemerdekaan. Bagi mereka itu tarikh kemerdekaan Malaya. Malah, orang Semenanjung sampai kini mereka panggil orang Malaya, dengan nada semacam mengejek.

Beberapa hari lalu, pemblog terkemuka Raja Petra Kamarudin dalam tulisannya menyifatkan seolah-olah orang Sarawak hanya mengutamakan kepentingan dan kehendak mereka sahaja, dan tidak mempedulikan kehendak orang lain.

Bagi orang Sarawak, hak mereka lebih penting. Hak negeri lebih penting daripada segala-galanya. Mereka seolah-olah tidak utamakan kemantapan pembinaan negara bangsa.

Sarawak  telah mengiktiraf 22 Julai sebagai hari kemerdekaan Sarawak. Walhal tarikh itu bukan tarikh kemerdekaan. Kalau orang Sarawak hendak tahu, baca dokumen sejarah dengan teliti, dan jangan terus buat kesimpulan.

Meskipun kerajaan negeri berkata hari berkenaan sebagai Hari Sarawak, bagi mengenang jasa pejuang kemerdekaan, tetapi mengapa tarikh itu diwartakan sebagai Hari Kemerdekaan.

Banggakah orang Sarawak dengan tiga tarikh yang diraikan sekarang? Orang Sarawak meraikan 22 Julai, 31 Ogos dan 16 September sebagai hari kemerdekaan. Sarawak merupakan satu-satunya negeri di seluruh dunia yang meraikan tiga perayaan untuk tujuan sama.

Malaya menjadi 11 negeri pada 1957 sebelum berkembang menjadi 14 negeri pada 1963 apabila Malaysia dibentuk. Namun, selepas Singapura dikeluarkan daripada Malaysia pada 1965, jumlah negeri menjadi 13 buah. Bagi Amerika Syarikat pula, pada 17

Sementara mementingkan negeri itu penting, jangan sampai lupa kepentingan kebangsaan dan negara bangsa. Sebagai negeri di bawah sistem persekutuan, orang Sarawak perlu sedar bahawa orang Sarawak perlu bertolak ansur, berbuang ambil dan berkompromi.

Bukankah kita hidup di bawah langit yang dikatakan Malaysia? Orang Sarawak ramai bekerja di Johor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan sebagainya, sebagaimana ramai orang Semenanjung tinggal di Sarawak. Tidak usahlah kita emosional dan terbawa-bawa oleh isu ini. Kita perlu mengiktiraf dan meraikan ketiga-tiga tarikh itu sebagai tarikh yang mempunyai kepentingan yang sama penting. – Sarawakvoice



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.