Hi! Welcome Back and Stay Tune! Akta 355 – Keputusan BN Mesti Secara Konsensus - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Akta 355 – Keputusan BN Mesti Secara Konsensus

download-19

 

Beberapa parti dalam BN mendakwa tidak tahu menahu mengenai dakwaan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bahawa gabungan itu mencapai kesepakatan mengenai Rang Undang-Undang Persendirian dibawa Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkaitan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.

Bagaimanapun Tengku Adnan yang juga setiausaha agung BN semalam memberitahu “kesepakatan” dimaksudkannya ialah, sebarang keputusan yang dibuat mestilah atas dasar konsensus semua pihak.

Tengku Adnan turut mengakui BN belum membuat pendirian rasmi mengenai usul berkenaan yang turut dikenali sebagai Akta 355 yang didakwa PAS dikemukakan untuk memperkasa mahkamah syariah.

“Kita akan tengok semuanya dulu. Keputusan akan dibuat di parlimen, tunggu dulu,” katanya kepada Malaysiakini semalam.

Pada 1 Oktober lalu Tengku Adnan dilaporkan berkata BN mencapai konsensus mengenai rang undang-undang dibawa Abdul Hadi.

Bagaimanapun, Tengku Adnan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan enggan mendedahkan apakah keputusan tersebut.

Menurutnya, apa juga keputusan itu, ia dibuat secara konsensus, ia telah dibincangkan dan “kami telah mendapat keputusan, jadi anda tunggu dan lihat.”

Sebelum itu, MCA, MIC dan Gerakan dilaporkan menentang keras rang undang-undang itu.

Malah ada pemimpin tertinggi parti berkenaan berjanji akan meletak jawatan jika rang undang-undang berkenaan diluluskan.

Timbalan Ketua Pemuda Gerakan Andy Yong menyatakan keraguannya terhadap dakwaan Tengku Adnan dan menambah, tiada penjelasan dibuat presiden parti itu, Datuk Mah Siew Keong.

Yong juga menyatakan Gerakan tegas menolak Ata 355.

Turut dilaporkan MCA, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) tidak tahu menahu mengenai kesepakatan BN mengenai rang undang-undang persendirian berkenaan.

Tengku Adnan berkaat sebarang keputusan yang dibuat BN mesti tertakluk kepada perlembagaan persekutuan.
Beliau juga menggesa pihak terbabit bertanya kepada presiden masing-masing jika ingin mendapatkan maklumat lanjut.

“Apa yang saya boleh kata jika mereka cakap mereka tak tahu menahu?” katanya.



Sumber : Negara Pakatan Rakyat http://ift.tt/2cPdedg

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.