Undang-Undang Anti Lompat Perlu Disegerakan – PKR
Jurucakap cakap parti PKR hari ini menggesa kerajaan supaya segera menggubal satu undang-undang bagi melarang wakil rakyat yang menang atas tiket parti dalam pilihanraya dari melompat ke parti lain atau menjadi wakil rakyat bebas kerana ia bertentangan dengan prinsip demokrasi.
Ini berikutan tindakan 3 wakil rakyat dari PKR dan seorang wakil rakyat dari DAP- kesemuanya dari Sabah yang keluar parti dan sama ada menyertai parti lain atau menubuhkan parti baru kelmarin.
Mereka yang terlibat ialah ADUN Klias, ADUN Mambong, Ahli Parlimen Penampang dan ADUN Likas.
Perkara ini kalau tidak dihalang boleh menyebabkan rakyat hilang kepercayaan terhadap sistem demokrasi berperlembagaan di negara ini kerana wakil rakyat mewakili parti yang mereka pilih, sesuka hati boleh berhijrah ke parti lain.
PKR menurutnya lagi yakin kerajaan boleh mengadakan undang-undang tersebut seperti mana mereka meminda perlembagaan untuk menghalang wakil rakyat yang melepaskan jawatan secara sengaja dari bertanding semula dalam tempoh 5 tahun pada tahun 1988 dulu.
Ketika itu hanya kerana Shahrir Samad melepaskan jawatan sebagai Ahli Parlimen Johor Bahru kerana tidak bersetuju dengan Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir untuk bertanding semula atas tiket bebas dan menang, BN meminda perlembagaan kerana berasakan mereka terancam.
Tapi sekarang parti-parti pembangkang sedang menghadapi masalah yang lebih kurang sama, kenapa tidak boleh diadakan undang-undang untuk menghalang wakil rakyat dari keluar parti dengan sengaja?
Sumber : Negara Pakatan Rakyat http://ift.tt/2dAmBC6
Post a Comment