Jualan Microsoft Band 2 Dihentikan – Tiada Microsoft Band 3 Tahun Ini
Microsoft Band 2 ialah pengesan kesihatan yang dilancarkan oleh Microsoft tahun lalu. Penjejak kesihatan ini menggunakan platform Microsoft Health untuk merekod tahap kesihatan pemakai. Penjualannya dihentikan secara rasmi hari ini selepas stock sedia ada habis dijual. Pada waktu yang sama pasukan yang menghasilkan perisian untuk Band telahpun dibubarkan.
Microsoft mengesahkan tiada perancangan untuk Microsoft Band 3 tahun ini. Mereka akan terus menyokong Band 2 dan pelanggan yang memilikinya. Penjualan peranti boleh-pakai adalah mengecewakan bagi kebanyakan pengeluar. Apple yang menjadi peneraju pasaran turut melihat jualan yang semakin menurun. Pihak Google pula menangguhkan Android Wear 2 ke tahun hadapan. Adakah demam peranti boleh-pakai telah berakhir? Berapa ramai di antara pembaca Amanz yang mempunyai peranti boleh pakai? Sekiranya anda tidak memilikinya, apakah sebab utama?
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2cOqWCc
Post a Comment