Hi! Welcome Back and Stay Tune! BERSIH Johor Puji Polis Sekat Baju Merah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

BERSIH Johor Puji Polis Sekat Baju Merah

download-17

 

Di sebalik dakwaan polis tidak bertindak terhadap kumpulan baju merah yang menyerang konvoi baju kuning, penyelaras BERSIH Johor Thomas Fann memuji pihak berkuasa kerana memisahkan kedua-dua kumpulan pada Sabtu lalu.

Menurut Fann peserta konvoi BERSIH 5 sedang bersedia untuk memulakan perjalanan di Majlis Bandaraya Johor Bahru kira-kira jam 8.30 pagi apabila kumpulan baju merah menunggu mereka.

“Mereka (kumpulan baju merah) datang agak awal. Ada kira-kira 60 orang.

“Di pihak kami ada kira-kira 300 orang bersama 70 kereta. Polis ada di sana dan memisahkan kedua-dua kumpulan,” katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi semalam.

Ketika konvoi BERSIH 5 mengadakan taklimat mengenai perjalanan itu kata Fann kedua-dua kumpulan dijarakkan sejauh kira-kira 50 meter.

Beberapa individu dari kumpulan baju merah juga cuba menyekat laluan yang akan ditempuhi BERSIH 5 namun anggota polis yang bertugas menghalang mereka.

“Polis menarik mereka (baju merah) jauh dari situ dan membentuk penghadang di sekeliling kami.

“Saya mesti memuji polis atas tindakan mereka itu,” katanya.

Insiden berkenaan turut tersebar di atas talian dan disahkan oleh Fann.

Menurut Fann konvoi BERSIH 5 sepatutnya bergerak mengikut jadual asal, iaitu jam 10 pagi namun mereka bersetuju ia dipercepatkan kira-kira 20 minit atas nasihat polis.

Katanya langkah itu dibuat bagi mengelak berlaku sebarang pergaduhan dengan kumpulan baju merah.

Ditanya sama ada dia tahu sumber asal klip video selama kira-kira dua minit itu Fann berkata ia tentu dirakam oleh kumpulan baju merah kerana pos di Facebook mengenainya turut ditandakan pada exco Pemuda Umno Armand Azha Abu Hanifah.

Dalam klip video itu polis dilihat menghalang seorang anggota kumpulan baju merah – dipercayai Armand Azha – daripada menghampiri konvoi baju kuning.

Lelaki terbabit yang dilihat terjatuh, bangkit semula dan menghadapi beberapa anggota polis yang mengelilinginya.
Dia juga dilihat menjerit beberapa kali: “Siapa polis tolak saya?” manakala seorang anggota keselamatan didengar berkata: “Jaga keselamatan bang, kereta… kereta!”.

Sementara itu Armand Azha yang dihubungi Malaysiakini berkata dia meminta maaf kepada polis selepas kejadian berkenaan sebagai menghormati mereka yang menjalankan tugas.



Sumber : Negara Pakatan Rakyat http://ift.tt/2cPh4TC

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.