Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pemimpin Sekarang Perlu Lebih Banyak Membaca - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pemimpin Sekarang Perlu Lebih Banyak Membaca

Budaya membaca terus meningkat

 

Pemimpin politik sedia ada perlu lebih banyak membaca dan mengikuti kursus sebelum berkhidmat kepada masyarakat.

Penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Sivamurugan Pandian berkata, pembacaan dapat membantu pemimpin politik menambah ilmu am, selain dapat memahami sejarah negara.

“Saya rasa golongan muda (yang berminat dengan bidang politik) juga wajar mendalami ilmu politik dan kepimpinan terlebih dahulu.

“Ia akan memberi nilai tambah kepada kewibawaan mereka sebagai ‘the next leader’,” katanya ketika dihubungi Sinar Online.

Katanya lagi, pemimpin yang banyak membaca boleh mengelakkan diri daripada terperangkap dengan fakta-fakta palsu yang diputar belit oleh pihak lain.

Ujarnya lagi, jika seseorang pemimpin banyak membaca, pemimpin tersebut akan mampu mendepani keilmuan untuk memaparkan kematangan berpolitik.

“Pemimpin politik perlu banyak membaca supaya dapat berdepan dengan suasana yang banyak bergelut dengan persepsi.

“Dalam masa yang sama parti politik juga perlu mewajibkan setiap ahlinya untuk menghadiri kursus sebagai didikan berterusan,” katanya lagi.



Sumber : Negara Pakatan Rakyat http://ift.tt/2dMX3TC

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.