Hi! Welcome Back and Stay Tune! Penganalisis: PKR Sudah Tidak Relevan Di Sabah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Penganalisis: PKR Sudah Tidak Relevan Di Sabah

PKR

 

Pengumuman pemimpin PKR Sabah yang keluar daripada parti dengan alasan hilang keyakinan terhadap kemampuan mengundang persoalan ramai.

Penganalisis politik, Md Shukri Shuib berkata, tindakan tersebut menunjukkan kesetian dalam politik pembangkang di Sabah tidak konsisten.

“Sabah sememangnya terkenal dengan sikap dan budaya para pemimpinnya yang sukar untuk setia dengan satu parti.

“Tradisi lompat parti oleh para ahli politik di Sabah kelihatan masih lagi berakar umbi hingga hari ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Online.

Beliau juga turut mengatakan bahawa perkara ini berubah apabila wujudnya Umno di Sabah.

“Jika dilihat, hanya dengan tertubuhnya Umno di Sabah, barulah nampak wujudnya elemen pemantapan politik yang mantap di negeri itu,” tambahnya lagi.

Katanya lagi, tanpa sokongan kumpulan pemimpin elit politik kaum di Sabah, PKR akan lenyap pengaruhnya di negeri itu.

“PKR seperti sudah tiada nilai politik di Sabah, rakyat di sana sudah ada platform lain yang lebih mudah diterima masyarakat,” katanya lagi.

Tambahnya lagi, apa yang dilakukan pemimpin PKR di Sabah menunjukkan isyarat merah buat PKR untuk melupakan soal peluasan pengaruh mereka di Sabah.

“Saya berasakan sudah tiba masanya untuk PKR melupakan Sabah dan fokus sahaja pada negeri di Semenanjung.

“Seharusnya pemimpin PKR hanya memerhatikan sahaja ahli politik Sabah dan Sarawak menentukan gaya politik mereka sendiri,” katanya.

Di samping itu, beliau juga turut membandingkan cara Umno menangani situasi ini berbanding dengan PKR.

“Lihat sahaja Umno, tanpa ada cawangan di Sarawak pun parti itu masih mampu berdiri sebagai kerajaan di peringkat negeri dan pusat.

“Siapa kata setiap parti perlu wujud di semua wilayah? PKR harus jadikan ini sebagai pengajaran dan menjadi lebih realistik serta percaya pada sekutu mereka yang lain,” katanya mengakhiri bicara.



Sumber : Negara Pakatan Rakyat http://ift.tt/2dFVv9X

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.