Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jambatan Igan: Juanda hanya tidak mahu kemarahan rakyat meletup, berterima kasih atas usaha keras Fadillah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jambatan Igan: Juanda hanya tidak mahu kemarahan rakyat meletup, berterima kasih atas usaha keras Fadillah

KUCHING: Dengan nada yang lebih mesra, Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Jemoreng, Datuk Dr Juanda Jaya hari ini menzahirkan rasa penghargaan dan terima kasih kepada Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadilah Yusuf atas keprihatinan dan sokongan beliau terhadap projek Jambatan Igan, yang pada asalnya dijadualkan pembinaannya pada tahun 2018.

Katanya, usaha kuat Ahli Parlimen Petra Jaya itu amat dihargai dalam memastikan projek ini “disegerakan” sebagaimana dinyatakan dalam kenyataan akhbar Kementerian Kerja Raya lewat petang semalam.

“Diharapkan penduduk kampung Igan dan penduduk kawasan N44 Jemoreng serta N43 Daro, yang bakal menjadi pengguna utama laluan Jambatan Batang Igan ini memahami proses pembinaannya sedang berjalan.

“Ya, kehidupan penduduk di kawasan Matu Daro adalah umpama di atas sebuah pulau. Segala pergerakan keluar masuk memerlukan feri selagi jambatan tidak dibuat,” katanya dalam status terkini facebooknya hari ini.

Penjelasan itu bagi Dr Juanda adalah sesuatu yang perlu kerana kebanyakan penduduk beranggapan bahawa projek ini telah diluluskan bajetnya sejak 10 tahun lalu.

“Malah kajian mengenainya telah dilakukan sejak tahun 2002 lagi, kerana itulah rakyat begitu menanggung pengharapan,” jelasnya lagi ketika dihubungi sarawakvoice.com.

Apa pun kata Dr Juanda, beliau amat menghargai kenyataan Fadillah semalam yang ternyata telah berusaha keras, termasuk merayu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak pada akhir tahun lalu.

“Ia telah membuahkan hasil yang sebenarnya hanya pada awal tahun 2016.

“Maknanya setiap projek yang akan berjalan dan ‘take off’ hanya akan dilaksanakan apabila bajet itu benar-benar telah diluluskan oleh pihak kerajaan, bukannya diluluskan menerusi sembang-sembang kosong di kedai kopi,” tegasnya.

Justeru Dr Juanda berharap rancangan ini menjadi realiti dan mengharapkan rakyat untuk memberikan sokongan membantu menjayakan perkara ini.

“Kerajaan sedia ada mampu melakukan yang lebih baik…alhamdulillah,” katanya.

Jelasnya lagi, kelulusan pembinaan jambatan itu bukan sahaja penting dan bermakna kepadanya selaku wakil rakyat kawasan tersebut, malah lebih penting kepada seluruh penduduk kampung di kawasan terbabit termasuk Daro, Matu, Igan dan sekitarnya.

Bercakap mengenai projek tersebut, Dr Juanda berkata, ia seharusnya mendapat perhatian yang lebih kerana ia telah terlalu lama dirancang.

“Sedangkan banyak projek pembangunan lain di kawasan lain terutama melibatkan pembinaan jambatan yang jauh lebih lewat dibincangkan tetapi dibina dan disiapkan jauh lebih awal daripada projek ini.

“Yang cuba saya sampaikan adalah perasaan yang sekian lama dipendam oleh penduduk di kawasan saya. Kita tidak mahu perasaan itu meletup dan menjadi sesuatu yang tidak enak dipandang, tidak sedap dilihat.

“Kasihan melihat mereka saban hari berbaris di pangkalan feri hingga berjam-jam lamanya terutama pada waktu puncak dan musim cuti perayaan,” katanya.

Kata Dr Juanda, luahan kemarahannya itu bukan berniat jahat tetapi sebagai manifestasi pembangunan di kawasan terlibat agar dapat dilakukan segera.

Projek pembinaan Jambatan Batang Igan sepanjang 1,800 meter dijangka akan bermula pada awal 2018 dengan anggaran kos sebanyak RM300 juta. – Sarawakvoice



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.