Guna SOSMA Untuk Halang Baju Merah Berhimpun – DAP
Kerajaan dan polis perlu bertindak tegas terhadap pemimpin kumpulan baju merah, Jamal Yunos yang merancang untuk mengadakan perhimpunan sama semasa Bersih 5 berlangsung – menurut seorang pemimpin DAP Selangor.
Menurutnya, berikutan rancangan Jamal itu, ramai di kalangan orang cina di Malaysia berasa bimbang dan keadaan ini boleh menyebabkan jumlah kehadiran kaum tersebut dalam Bersih 5 November nanti, terjejas.
Sepatutnya, di Malaysia ini hanya NGO Bersih sahaja yang seharusnya diberikan ekskelusiviti untuk berdemonstrasi berdasarkan track record yang baik sebelum ini. Baik kumpulan baju merah atau siapa sahaja, tidak layak untuk berdemonstrasi kerana dikhuatiri boleh mencetuskan keadaan tidak selamat kepada rakyat dan negara.
Memang belum ada kejadian-kejadian buruk yang boleh dikaitkan dengan baju merah lagi tapi takkan nak tunggu berlaku benda yang bukan-bukan dulu baru nak bertindak?
Justeru kerajaan perlu menggunakan akta SOSMA untuk memastikan pemimpin dan penggerak baju merah yang lain dihalang dari mengadakan demonstrasi. Perkara 10 Perlembagaan Malaysia mengenai kebebasan bersuara dan hak berhimpun tidak sepatutnya terpakai bila membabitkan baju merah.
Sekalipun perlembagaan Malaysia meliputi semua rakyat tapi dalam hal ini perlu ada pengecualian.
Sumber : Negara Pakatan Rakyat http://ift.tt/2dAlfat
Post a Comment