Hi! Welcome Back and Stay Tune! Amalan Ahli Parlimen, Adun keluar parti tak boleh dibiarkan, kata Wan Azizah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Amalan Ahli Parlimen, Adun keluar parti tak boleh dibiarkan, kata Wan Azizah

KUALA LUMPUR: “Amalan ahli Parlimen atau Adun yang meninggalkan parti tidak boleh dibiarkan. Saya mengharapkan yang terbaik buat mereka yang memilih untuk meninggalkan parti di Sabah,”  kata Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dalam satu kenyataan hari ini sebagai reaksi kepada tindakan Ketua PKR Sabah, Datuk Seri Panglima Lajim Ukin meninggalkan parti itu.

Ketika mengumumkan keluar parti semalam Lajim berkata: kita mahu rumah sendiri dan kuncinya kita yang pegang sendiri bukannya orang lain.”

Menurutnya, Wan Azizah beliau cuba memahami tindakan Lajim tersebut serta memberi penekanan kepada Sabah dalam kempen menentang BN.

“Saya yakin bahawa mereka akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan Sabah untuk memastikan kerusi satu sama satu di semua kerusi Dun dan Parlimen di Sabah pada Pilihan Raya Umum akan datang,” katanya.

Beliau turut berterima kasih kepada pemimpin negeri yang tetap berpegang teguh dengan PKR.

“Semua 26 bahagian kami di negeri ini termasuk Labuan kekal kukuh dan berfungsi kerana hanya pemimpin individu yang meninggalkan parti tetap memihak kepada pembangkang.

Lajim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Klias itu semalam mengumumkan, cabang-cabang yang telah keluar parti ialah Kota Marudu, Papar, Tuaran, Putatan, Kimanis, Sipitang, Keningau, Beluran, Batu Sapi dan Silam.

Beliau mendakwa kira-kira 70 peratus pemimpin PKR Sabah termasuk peringkat cabang dan jawatankuasa negeri ikut keluar parti.

“Keadilan Sabah akan terus menerajui persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri dan Persekutuan yang dijangka kurang dari setahun lagi,” katanya lagi.

Ujar beliau lagi, beliau turut bercadang untuk membawa parti itu untuk menjadi daya penggerak yang menyatukan semua kuasa menentang BN di Sabah dan di tempat lain.

“Keadilan merupakan satu-satunya parti yang membawa setiap bangsa dan setiap kumpulan di atas platform yang berbilang kaum dan progresif serta satu-satunya parti dalam sejarah Malaysia punyai wakil rakyat di setiap negeri dan setiap etnik,” katanya. – Sarawakvoice



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.