Lepas ‘Crush’, Usher mahukan Yuna lagi (VIDEO)
KUALA LUMPUR, 3 Okt — Penyanyi antarabangsa Usher mendedahkan mahu bekerjasama lagi dengan Yuna selepas berkolaborasi bersama menerusi lagu duet “Crush” sebelum ini.
Kagum dengan keunikan suara Yunalis Zarai, 29, bintang R&B itu mengakui kagum dengan bakat penyanyi-komposer itu, lapor Harian Metro.
“Yuna sangat berbakat dan tahu bagaimana material tepat untuk seseorang penyanyi.
“Apa yang pasti, kerjasama menerusi lagu ‘Crush’ bukan pertama dan terakhir kerana saya mahu bekerjasama dengannya lagi suatu hari nanti,” katanya yang pernah menjadi mentor bintang pop Justin Bieber.
“Dia adalah antara penyanyi yang betul-betul berjaya menambat hati saya. Yuna memiliki ‘tone’ suara yang sangat indah selain begitu berbakat dalam mencipta lagu,” puji Usher lagi.
Yuna sebelum ini pernah menzahirkan rasa bimbang akan dikecam rakan muziknya yang berbangsa Afrika-Amerika, selepas program MeleTOP menghasilkan parodi dengan pelawak Jihan Muse dan Shuk SYJ yang dianggap menghina kaum kulit hitam.
Parodi tersebut memaparkan persembahan Yuna dan Usher dalam konsert The Roots Picnic di Philadelphia, di mana mereka berdua berpelukan sesudah menyanyi.
Contributer : Malay Mail Online | All http://ift.tt/2dABnFw
Today updated news promoted by Mukah Pages
Post a Comment