Hi! Welcome Back and Stay Tune! Facebook Hadir Dengan Messenger Lite – Aplikasi Bersaiz Kecil, Dengan Ciri Asas Messenger - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Facebook Hadir Dengan Messenger Lite – Aplikasi Bersaiz Kecil, Dengan Ciri Asas Messenger

Facebook sebelum ini telah hadir dengan aplikasi Facebook Lite yang menyasarkan pengguna di negara-negara membangun, dan menggunakan peranti dengan storan bersaiz kecil, serta tidak mempunyai memori yang tinggi untuk beroperasi. Kini, dengan konsep serupa, Facebook turut memperkenalkan Messenger lite.

Facebook Messenger Lite

Facebook Messenger Lite adalah aplikasi yang hadir dengan fungsi asas perkhidmatan Messenger, tetapi ditujukan kepada pengguna yang menggunakan telefon pintar Android dengan spesifikasi yang rendah serta mempunyai sambungan internet yang perlahan.

Messenger Lite ini bersaiz dibawah 10MB, membolehkan ia dipasang dan dibuka dengan pantas walaupun menggunakan telefon berspesifikasi rendah. Ia menawarkan fungsi asas termasuk antaranya menghantar teks, menghantar dan menerima gambar, pautan, serta sticker.

Messenger Lite ini diperkenalkan untuk beberapa buah negara sahaja buat masa ini, termasuk salah satunya adalah di Malaysia. Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi Messenger Lite ini hari ini ke telefon pintar Android anda.

Sedang dikemaskini…






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2dDb1n4

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.