Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tak akan kosongkan kerusi, harap DAP faham, kata Adun Likas - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tak akan kosongkan kerusi, harap DAP faham, kata Adun Likas

Junz-Wong-sabah-1KUALA LUMPUR: Adun Likas berkata beliau tidak akan mengosongkan kerusi DUN itu selepas meninggalkan DAP, meskipun menerima desakan daripada parti lamanya.

Junz Wong berkata ini kerana beliau masih kekal sebagai pembangkang dan peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melarangnya bertanding dalam pilihan raya umum akan datang jika berbuat demikian.

“Dengan penuh hormat kepada parti lama, saya tidak akan mengosongkan kerusi Likas. Jika tidak dapat bertanding pada pilihan raya akan datang, bagaimana untuk terus berjuang bagi orang Sabah?

“Saya juga bukan keluar untuk ‘lompat’ kepada BN. Jika begitu, saya akan letak jawatan tanpa perlu diberitahu. Saya akan menyertai pembangkang tempatan untuk terus melawan BN,” katanya kepada FMT.

Wong dan Adun Klias Datuk Seri Lajim Ukim serta Adun Moyog Terrence Siambun – kedua-duanya daripada PKR mengumumkan keluar parti dalam satu majlis bersama di Kota Kinabalu, semalam.

Tindakannya itu mencetuskan kecaman daripada DAP, dengan Pengerusi DAP Sabah Stephen Wong melabelnya sebagai pengkhianat dan Ketua Pemuda DAP Wong Kah Woh mendesaknya melepaskan kerusi DUN yang dimenanginya atas tiket DAP.

Wong yang juga bekas setiausaha DAP Sabah itu berkata beliau memahami kemarahan pemimpin dan penyokong DAP atas tindakannya, namun berharap mereka dapat cuba memahami tindakan itu.

Beliau mendakwa masyarakat Sabah hilang harapan kepada politik nasional dan pembangkang yang berpecah, maka mereka mahukan pemimpin daripada parti politik tempatan – seperti di Sarawak.

“Ini pilihan yang sukar tetapi perlu dilakukan, saya terpaksa meninggalkan rakan seperjuangan, pemimpin dan mentor saya. DAP ialah parti yang baik, tetapi parti tempatan lebih diperlukan sekarang,” katanya.

Setakat ini, sejumlah wakil rakyat dan pemimpin Pakatan Harapan di Sabah meninggalkan parti masing-masing, dimulai dengan Ahli Parlimen Penampang Darell Leiking (PKR) untuk menyertai parti baharu pimpinan bekas Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal.

Diikuti Setiausaha Agung PKR negeri Datuk Maijol Mahap, Ketua Wanita PKR negeri Johair Matlan, Bendahari DAP negeri David Williams dan Naib Pengerusi DAP negeri George Hiew. Semuanya belum menyatakan parti yang bakal disertai.

Wong berkata, lebih ramai wakil rakyat dan pemimpin Pakatan Harapan negeri yang akan mengikuti langkah itu.

“Kami membuat keputusan atas pilihan sendiri, sebab itu kebanyakannya masih tiada parti untuk disertai. Tetapi kami akan bersatu dan membuat gabungan untuk melawan BN, serta terus bekerjasama dengan PKR dan DAP di peringkat nasional untuk menumbangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak,” katanya.

Pautan:

Pengerusi Sabah sahut seruan, isytihar keluar PKR





Mukah Pages bring you trending news media Free Malaysia Today

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.