Hi! Welcome Back and Stay Tune! Asean terima cadangan Malaysia berhubung kepentingan perlindungan kanak-kanak atas talian - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Asean terima cadangan Malaysia berhubung kepentingan perlindungan kanak-kanak atas talian

KUALA LUMPUR: Cadangan Malaysia mengenai kepentingan perlindungan kanak-kanak atas talian yang dibentangkan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim pada Jumaat lalu telah menarik perhatian Menteri-menteri ASEAN.

Beliau melakukan pembentangan tersebut semasa Mesyuarat Peringkat Menteri Kebajikan dan Pembangunan Sosial ASEAN (AMMSWD) Ke-9 dan Mesyuarat AMMSWD+3 Ke-5 yang diadakan pada 29 dan 30 Septemberdi Hotel Borobudur, Jakarta, Indonesia.

Menurut kenyataan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, semasa pembentangan tersebut, mesyuarat telah menyarankan agar Sekretariat ASEAN bekerjasama dengan WEProtect dan organisasi lain yang berkaitan, bagi menerokai peluang untuk inisiatif bersama dalam bidang berkenaan.

“Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Khofifah Indar Parawansa, Menteri Sosial Republik Indonesia turut sebulat suara bersetuju agar Sekretariat ASEAN menjadi ”focal point” kepada pembangunan pelan tindakan regional mengenai warga emas.

“Pada masa yang sama ia akan membantu mewujudkan pangkalan data bagi pelaksanaan rangka kerja strategik mengenai kebajikan sosial dan pembangunan 2016- 2020.

Menerusi AMMSWD+3, kata kenyataan itu lagi, kemua negara ASEAN menyampaikan penghargaan kepada negara Jepun, China dan Republik Korea atas kerjasama yang diberikan dan berharap agar ia dapat diteruskan.

“Di akhir mesyuarat, Kenyataan Bersama (Joint Statement) 9th AMMSWD dan 5th AMMSWD+3 telah dipertimbangkan dan diterima pakai.”

Mesyuarat seterusnya akan diadakan pada tahun 2019 di Republik Demokratik Rakyat Laos. – Sarawakvoice



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.