Hi! Welcome Back and Stay Tune! Polis tahan suspek bunuh ibu saudara, adik - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Polis tahan suspek bunuh ibu saudara, adik

BALING: Polis menahan reman suspek utama yang dipercayai membunuh ibu saudara dan adiknya yang lumpuh dalam satu kejadian amuk di Kampung Lanai, Kupang dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Baling Superintendan Sharifuddin Yusof berkata perintah tahanan reman terhadap suspek lelaki berusia 32 tahun itu dikeluarkan Majistret Mohd Izmi Ibrahim di Mahkamah Majistret Sik, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 9.50 pagi semalam, seorang lelaki yang juga pesakit mental, bertindak memukul adik lelakinya yang lumpuh dan ibu saudaranya sehingga mati.

Suspek mengambil alat pemarut kelapa dan sebatang kayu untuk memukul adiknya, Mohd Azwan Wahab, 25, hingga mati, manakala ibu saudara suspek, Rokiah Abdullah, 54, turut maut apabila dihentak pada kepala menggunakan sebiji bata ketika cuba membantu meleraikan keadaan. – Bernama



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.