Hi! Welcome Back and Stay Tune! Google+ Communities Akan Mula Memaparkan Perkongsian Secara Algoritma, Bukan Kronologi Lagi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Google+ Communities Akan Mula Memaparkan Perkongsian Secara Algoritma, Bukan Kronologi Lagi

Pelbagai laman sosial mula mengintegrasikan sokongan paparan berasaskan algoritma dalam membolehkan para pengguna tidak tertinggal perkongsian yang diminati oleh mereka. Ia telah dipopularkan oleh Facebook, malah diikuti di Instagram, Twitter dan sebagainya.

Google Plus

Kini, Google turut mengimplementasikan sokongan sama pada perkhidmatan sosial yang kurang digunakan ramai, iaitu di Google+ Communities. Ia kini akan dipaparkan secara algoritma dan bukannya mengikut kronologi lagi. Tetapi, pengguna diberikan pilihan untuk mengubahnya pada bahagian tetapan untuk komuniti.

Perkara ini mungkin telah dijangka ramai, memandangkan Google sedia mengimplementasikan perkara tersebut pada halaman utama mereka di Google+. Dengan perubahan ini, kita mungkin akan melihat Google+ Communities secara tidak langsung berjaya mengatasi masalah spam, dan hanya memaparkan perkongsian yang menerima interaksi untuk semua pengguna.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2dLazUA

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.