Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ketika hubungan Pas-pembangkang longgar, Mahathir dakwa BN Johor, Perak, T’ganu boleh tumbang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ketika hubungan Pas-pembangkang longgar, Mahathir dakwa BN Johor, Perak, T’ganu boleh tumbang

KUALA LUMPUR: Selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jorak Datuk Shahruddin Md keluar Umno untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Johor, mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersemangat menumbangkan tiga kerajaan negeri BN — Perak Terengganu dan Johor.

Tun Mahathir mahu tiga kerajaan ini bertukar tampuk pemerintahan sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 berlangsung.

Di Perak dan Terengganu, hanya memerlukan dua orang wakil rakyat lompat parti dan jika mereka berbuat demikian kerajaan negeri akan tumbang.

BN akan kehilangan majoriti dua pertiga di DUN Terengganu yang mempunyai 32 ADUN-nya dan juga di DUN Perak yang mempunyai 59 ADUN-nya, jika dua sahaja wakil rakyat melompat parti menyertai pembangkang

Tun Mahathir begitu teruja melihat 10 lagi ADUN BN mengikuti jejak Shahruddin untuk menjadikan kerajaan Johor beralih tangan pemerintahan.

Dalam perkembangan lain, sebagai persiapan menghadapi PRU 14, Tun Mahathir terus cekal meneruskan perbincangan bersama Pas meskipun parti Islam itu menolak kerjasama dengan mana-mana parti pembangkang yang menjalin hubungan dengan DAP.

Penasihat Bersatu itu, memujuk Pas kerana sebelum ini Pas pernah bersama DAP serta kemenangan Pas turut disumbangkan dengan bantuan rakan komponen Pakatan Harapan itu.

Ketua Penerangan Pas, Nasruddin Hassan sebelum ini dilaporkan berkata mana-mana parti pembangkang yang ingin bekerjasama dengan Pas mesti meninggalkan DAP sebelum rundingan diadakan.

Beliau berkata, “realitinya DAP masih menentang perjuangan Islam Pas. Oleh itu, dasar semasa Pas adalah menolak DAP dan semua pihak yang bekerjasama dengan DAP,” katanya dalam kenyataan menurut Harakah Daily.

Oleh itu, bagi Nasruddin persamaan yang mudah untuk pihak yang mahu bersama dengan PAS adalah untuk meninggalkan DAP dan mematuhi syarat mudah – menghormati perjuangan teokratik parti.

Sebelum ini, Pas mendakwa DAP dan Amanah menjadi penghalang utama kepada PAS dalam misinya memberi penjelasan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Mahkamah Syariah atau lebih dikenali sebagai Akta 355 kepada bukan Islam.

Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz mendakwa DAP memusuhi Islam, manakala pada pandangannya, Amanah kononnya merupakan “fitnah dalam tubuh umat Islam”. – Sarawakvoice



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.