Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pelaku aksi terajang baju merah terhadap konvoi Bersih diburu polis Sabak Bernam - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pelaku aksi terajang baju merah terhadap konvoi Bersih diburu polis Sabak Bernam

PETALING JAYA: Selepas video “terajang” oleh penyokong Baju Merah di Sabak Bernam menjadi viral dan tersebar luas di laman sosial semalam, polis Sabak Bernam hari ini mengambil tindakan proaktif memburu mereka yang terbabit.

Ketua Polis Daerahnya, Superintendan Nor Azmi Isa berkata, pihaknya sedang mengesan pelaku terbabit yang melakukan “provokasi melampau” biarpun dengan kehadiran polis yang mengawasi konvoi penyokong Bersih 5.

“Kita sedang memburu suspek terbabit dan menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu,” katanya yang menafikan laporan kononnya tiga penunjuk perasaan Baju Merah ditahan berhubung serangan itu.

Rakaman video yang viral di laman sosial menunjukkan penunggang motosikal berbaju Bersih 5 ditendang dua kali oleh penunjuk perasaan berbaju merah, hingga menimbulkan kemarahan netizen.

Dalam video terbabit, seorang anggota polis dilaporkan tampil membantu mangsa serangan turut diprovokasi oleh penunjuk perasaan terbabit.

Kejadian berkenaan berlaku selepas konvoi Bersih dari Teluk Intan melalui Sabak Bernam dengan dua penunggang motosikal itu dikatakan memakai baju Bersih berwarna kuning.

Dalam laporan lain, tiga penunggang motosikal dilaporkan menyerang kereta konvoi Bersih ketika mereka berhenti di pusat bandar Tawau, Sabah, untuk mengedarkan risalah kepada orang ramai, semalam.

Memetik New Straits Times, Pengerusi Bersih Sabah, Beverly Joeman berkata, tiga pemuda bermotosikal itu mengekori konvoi berkenaan, sebelum mereka memecahkan tingkap dua kenderaan dan mencucuk tayar sebuah lagi kereta. – Sarawakvoice



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.