Hi! Welcome Back and Stay Tune! PAS: Fikirkan juga nasib para petani di Kedah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PAS: Fikirkan juga nasib para petani di Kedah

ALOR SETAR: PAS mempertikaikan langkah yang diambil oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah menukarkan status tanah di bawah Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) daripada “pertanian” kepada “industri”.

Pesuruhjaya PAS Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhruraz berkata, kenyataan Ahmad Bashah  bahawa status ‘Kedah Jelapang Padi’ menyekat pembangunan negeri serta meletakkannya berkedudukan miskin ialah kenyataan yang memalukan rakyat kedah.

“Sewajarnya selaku ketua kerajaan, beliau perlu berbangga dengan sumbangan rakyat Kedah memenuhi permintaan beras negara, bahkan berikhtiar mempertingkat pengeluaran padi sehingga melebihi 30 peratus seperti yang disasarkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengikut laporan Statistik Kedah Sejahtera 2011, keluasan tanah tanaman padi bagi Kedah adalah 108,693 hektar.

“Jika benar berlakunya pertukaran status tanah, berapakah keluasan tanah yang tinggal kepada MADA untuk tanaman padi?,” tanya beliau.

PAS Kedah, katanya, mencadangkan supaya diadakan satu kajian terperinci mengenai pembangunan ekonomi berhubung penggunaan tanah komersial kerana Kedah perlu juga mempertahankan  keselamatan makanan  negara.

Buat masa ini, Dr Ahmad Fakhruddin mencadangkan agar kerajaan melihat semula cadangan pembinaan kawasan industri untuk perkilangan kerana realiti ekonomi tidak menentu seperti ketidakstabilan nilai ringgit, pemberhentian pekerja, penutupan kilang-kilang serta pelbagai kegawatan.

“Dikhuatiri pertukaran status tanah MADA umpama ‘yang dikejar tak dapat yang dikendong keciciran’,” ujarnya.

“Mengalihkan lokasi pertanian padi sedia ada bukanlah kerja mudah. Kerajaan seharusnya mengoptimumkan kawasan industri sedia ada di negeri ini, di samping meningkatkan produktiviti,” tambahnya.

Menurut  beliau, nasib para petani juga hendaklah difikirkan akibat pertukaran status ini menjadikan mereka hilang mata pencarian. – Sarawakvoice



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.