“Takut Saya Dengan Ekonomi Malaysia Sekarang…” – Luahan Hati Dato Aliff Syukri
“Takut Saya Dengan Ekonomi Malaysia Sekarang…” – Luahan Hati Dato Aliff Syukri
Usahawan popular, Dato Aliff Syukri telah menjadi tumpuan setelah meluahkan rasa risaunya dengan ekonomi Malaysia ketika ini.
Kata Aliff Syukri dia kini terpaksa berpindah ke Thailand kerana keadaan tidak menentu ekonomi Malaysia.
Aliff Syukri juga berkongsi pengalamannya berada di Australia yang mana rata-rata orang di sana memandang rendah rakyat Malaysia.
Luahan itu dibuat di laman sosial miliknya dan menjadi viral.
Jom baca:
Betapa takutnya saya dgn ekononi malaysia skrg.. Melihat kehidupan Sekarang kos sara hidup yg melambung tinggi dan bisnes smakin menurun Dlm semua bidang ..
Ini menyebb kan comp sy terpaksa berfikir utk meluaskan perniagaan sy dithailand dan paling mengecewakan duit dinegara thailand jauh lebih tinggi dan gaji mereka jauh lebih tinggi dan sukar kita melihat org thailand bekerja di malaysia berbanding 4tahun lepas…….
Malah 1 persatu kilang2 jenama gergasi di malaysia ni telah.. Tutup dan brpindah ke negara lain… Mengapa dan sebb apa?? Cuba bygkan 2thn akan dtg Apa yg trjd pd malaysia…
Ketika saya melawat utk tujuan bisnes di astralia sy melihat banyak wajah anak2 malayu dipandang rendah oleh org astralia.
Ini kerana lambakan pekerja org malaysia bekerja sabgai buruh kasar yg tidak diitiraf sperti tukang sapu,pemetik buah dan byk lagi sehinggakan bila saya memaklumkan sy dr malaysia mereka memanggil saya dengan sinis ya oohh a u fammer boy.. Sekaligus memburukkan nama malaysia.. mengapa mereka behijrah menjadi buruh kasar???
Malah Sekerang ni ramai pekerja yg terpaksa berniaga part time dan wujudnya lebih ramai peniagaa kecil kecilan dr pembeli….Klau lbh ramai perniaga dr pembeli.. Mcm mn nk brniaga.. Siapa yang akan membeli… ???
Sy berdoa agar..majulah malaysia demi rakyat marhen seperti kami
Pelbagai reaksi diberikan oleh netizen tentang luahan ini, ada yang setuju dan ada yang kurang bersetuju. Apapun itu merupakan pandangan peribadi Dato Aliff Syukri.
The post “Takut Saya Dengan Ekonomi Malaysia Sekarang…” – Luahan Hati Dato Aliff Syukri appeared first on PenMerah.com.
Penyumbang : PenMerah.com
Post a Comment