Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ubat mati pucuk Aman Liquid diharamkan, kerana mengandungi racun – Ketua Pengarah Kesihatan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ubat mati pucuk Aman Liquid diharamkan, kerana mengandungi racun – Ketua Pengarah Kesihatan

PUTRAJAYA: Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataannya baru-baru ini memberi amaran kepada orang ramai bahawa produk penawar “mati pucuk” Aman Liquid tidak lagi dibenarkan dalam pasaran.

14ccd80e-4021-4d79-a932-27bcea290c41

Produk tradisional yang pernah diluluskan pendaftarannya sebelum ini bertujuan untuk merawat kelemahan ereksi dikesan mengandungi racun berjadual iaitu yohimbine.

“Yohimbine adalah sejenis alkaloid yang kebiasaannya diperoleh daripada tumbuhan Puasinystalia Yohimbe dan tidak dibenarkan dalam ubat yang dikelaskan sebagai ubat tradisional,” katanya.

Sehubungan itu jelasnya, pendaftaran produk berkenaan dibatalkan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) pada mesyuaratnya 27 September lalu

Bertindak atas nasihat Agensi Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Nor Hisham ingin menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan mengguna produk tradisional keluaran Vital Force Enterprise ini.

Penggunaan yohimbine secara tidak terkawal katanya, boleh menyebabkan kesan advers serius seperti peningkatan tekanan darah dan kadar denyutan jantung, keresahan, insomnia, halusinasi dan mania.

“Yohimbine boleh memberikan kesan mudarat kepada golongan tertentu seperti perempuan mengandung, pesakit darah tinggi, jantung, buah pinggang atau hati.”

Jelasnya lagi, penjual dan pengedar produk ini diberi amaran untuk menghentikan penjualan dan pengedarannya dengan serta-merta.

“Penjual diingatkan pemilikan produk ini untuk jualan adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

“Malah individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya.

“Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya,” jelasnya.

Katanya lagi, orang awam yang sedang menggunakan produk ini dinasihatkan untuk segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat daripada ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers.

Orang ramai boleh menghubungi NPRA di talian 03-78835400 untuk pertanyaan atau maklumat lanjut dan menyemak status pendaftaran sesuatu produk dengan melayari laman sesawang http://npra.moh.gov.my. – Sarawakvoice



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.