Kau Nak Sangatkan Aku Buka Aib Kau? Nak Semua Orang Tengok Gambar Kau Ni?
Pengakuan berani Faye Kusairi mengatakan bekas suami Elly merupakan kekasihnya pula menjadikan pengalaman berumah tangga satu sejarah hitam buat Elly sehingga dirinya serik membuka hati untuk lelaki lagi.
“Serik dengan lelaki? Jawapan saya ialah sangat serik. Adakalanya saya terasa menyesal dengan perkahwinan yang saya anggap satu sejarah hitam dalam hidup saya. Buat masa ini, memang saya tidak berhajat dan tidak pernah terfikir mengenai lelaki. Cukuplah ada Sephia dan bapa saya sahaja dalam hidup ketika ini, soal lain saya ketepikan dulu.
Saya dah serik”“Detik menerima kelahirannya sangat indah tetapi detik itu jugalah yang cukup memilukan hati. Lelaki yang berjanji akan menjaga saya ketika pantang, tidak menunaikan janjinya. Dia sekadar datang menqamatkan Sephia dan hilang tidak lagi menjengah. Saya tak bersuara atas apa yang terjadi sebab tak mahu membuka aib, pekung dan kesedihan yang saya simpan”
“Awalnya bukan mudah mahu memujuk hati yang sangat terluka. Tapi rasanya sekarang, saya perlu bercerita tentang kebenaran kerana hak anak saya, Putri Sara Sephia yang kini berusia tujuh bulan. Cuma apa yang saya lihat, aib yang saya cuba tutup, akhirnya terbongkar satu demi satu,” katanya kepada Utusan Online mengenai kisah penceraiannya sebelum ini.
Sementara itu, Elly tidak kisah jika orang ramai memandangnya seolah meraih simpati dengan luahan hatinya itu kerana simpati itulah yang membuka pintu rezekinya kembali selepas dua tahun tidak bekerja. Untuk pengetahuan semua, Elly telah terpilih menyertai program nyanyian Gegar Vaganza musim ketiga selepas menolak tawaran itu ketika mengandung.
Sumber: http://ift.tt/2d39rt9
The post Kau Nak Sangatkan Aku Buka Aib Kau? Nak Semua Orang Tengok Gambar Kau Ni? appeared first on RinganBerat.com.
Contributer : RinganBerat.com http://ift.tt/2dVQGhf
Post a Comment