Hi! Welcome Back and Stay Tune! SPRM adakan sesi penerangan kepada jabatan yang terlibat rasuah di Sabah – Timbalan Ketua Pesuruhjaya - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

SPRM adakan sesi penerangan kepada jabatan yang terlibat rasuah di Sabah – Timbalan Ketua Pesuruhjaya

KOTA SAMARAHAN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menganjurkan proses penerangan kepada agensi dan jabatan di Sabah, yang pegawainya disabit dengan kesalahan rasuah.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan)nya, Datuk Shamsun Bahrin Mohd Jamil berkata, tindakan itu diambil bagi memastikan kejadian tersebut tidak berulang atau menjejaskan prestasi agensi atau jabatan terbabit.

82d4d3eb-7f33-41e3-b139-677b5540784c

“Untuk mana-mana agensi yang terlibat dengan kejadian rasuah, apa yang dilakukan dari aspek pencegahan oleh SPRM adalah kita akan memberi penerangan kepada kakitangan jabatan yang terlibat supaya akhirnya kita akan dapat mengurangkan risiko ataupun menghalang perlakuan jenayah ini daripada berulang pada masa akan datang.

“Yang penting semua pihak perlu menghormati undang-undang dan dalam masa yang sama perlu memberikan kerjasama sekiranya diperlukan oleh SPRM,” katanya pada Majlis Perasmian Penutupan Sambutan Hari Integriti Sekretariat Pencegahan Rasuah di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) malam tadi.

Tegasnya lagi, penting untuk SPRM memperkenalkan budaya menolak rasuah dalam segenap lapisan masyarakat supaya mereka berani mengatakan tidak kepada apa sahaja bentuk perlakuan jenayah rasuah.

Datuk Shamsun merujuk kepada tangkapan terbesar SPRM terhadap dua pegawai kanan Jabatan Bekalan Air Kerajaan Sabah yang menjangkau nilai ratusan juta ringgit baru-baru ini. – Sarawakvoice



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.