Hi! Welcome Back and Stay Tune! Satu daripada lima pekerja lampau masa di Jepun berdepan risiko kematian - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Satu daripada lima pekerja lampau masa di Jepun berdepan risiko kematian

TOKYO: Menurut kaji selidik terbaharu yang dijalankan oleh kerajaan, satu daripada lima pekerja di Jepun berdepan risiko kematian disebabkan bekerja melampaui had masa.

Antara ratusan kematian yang direkodkan setiap tahun itu berpunca daripada bekerja terlalu kuat ialah serangan jantung, ahmar dan bunuh diri.

Menurut laporan AFP, kaji selidik yang dijalan merupakan sebahagian daripada kertas laporan “karoshi” atau mati akibat kerja kuat.

Kabinet Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe menyokong kuat kaji selidik ini serta mahu tindakan undang-undang diwujudkan bagi untuk mengatasi masalah terbabit.

Berbanding negara maju, kebanyakan pekerja Jepun masih menghabiskan banyak masa bekerja di pejabat.

Statistik Disember 2015 hingga Januari 2016 menunjukkan sebanyak 22.7 peratus syarikat yang ditinjau mendapati pekerjanya mencatat masa kerja tambahan lebih 80 jam sebulan.

Sekitar 21.3 peratus pekerja dilaporkan bekerja secara purata 49 jam seminggu iaitu lebih 16.4 peratus berbanding Amerika Syarikat, Britain (12.5 peratus) dan Perancis (10.4 peratus).

Kaji selidik merumuskan, pekerja Jepun mengadu mengalami tekanan tinggi akibat kerja dan menggesa agar pihak berkuasa mengarahkan syarikat memperbaiki persekitaran kerja. – Sarawakvoice



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.