Hi! Welcome Back and Stay Tune! Muhyiddin kini dalam keadaan terdesak kerana mahu kerjasama dengan PAS - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Muhyiddin kini dalam keadaan terdesak kerana mahu kerjasama dengan PAS

PADANG RENGAS: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin kini berada dalam keadaan terdesak apabila mahu bekerjasama dengan Pas bagi menumbangkan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata‎, tindakan itu jelas menunjukkan Muhyiddin mahu membalas dendam selepas digugurkan timbalan perdana menteri dalam rombakan Kabinet, Julai tahun lepas.

“Dulu dia pemimpin Umno yang totok, kononnya memperjuangkan Islam dan bangsa Melayu serta sanggup menentang sesiapa sahaja yang menentang parti.

“Tetapi hari ini dia, bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir merupakan pengkhianat besar,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Sukan Negara peringkat Parlimen Padang Rengas, di sini hari ini.

Semalam, Muhyiddin dalam satu majlis di Muar, Johor mendakwa mendapat komitmen daripada Pas untuk membentuk blok pembangkang baharu dalam usaha menewaskan BN pada PRU14 akan datang.

Nazri, yang juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, berkata rakyat kini semakin bijak dan tidak mudah untuk mempercayai dakwaan Muhyiddin bahawa Bersatu mendapat sokongan Pas.

“Saya tidak menyalahkan Pas kerana orang yang bercakap lidah bercabang, saya percaya Pas pun tak sokong dia (Muhyiddin), kalau Pas  ambil dia pun akan mendatangkan mudarat dan rakyat tidak akan percaya,” katanya.

Ditanya mengenai tindakan Adun Jorak, Datuk Dr. Shahruddin Salleh meninggalkan Umno setelah dilantik sebagai setiausaha agung Bersatu, Nazri berkata: “Beliau juga makan dedak dari Muhyiddin”.

Menurut Nazri, Shahruddin juga berada dalam keadaan terdesak kerana bimbang jika tidak dicalonkan dalam PRU14.

“Mereka yang keluar parti dan menyertai parti lain setelah menang bertanding atas tiket BN adalah pengkianat. Umno sebagai pendekar, kita tidak tikam dari belakang dan gigit tangan orang yang beri kita makan,” katanya. – Bernama



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.