Fitbit Mengambil-Alih Satu Lagi Pengeluar Jam Tangan Pintar – Vector
Fitbit agak aktif akhir-akhir ini. Mereka sebelum ini telah mengambil-alih pengeluar jam tangan pintar popular Pebble untuk kepakaran perisian mereka, dan terkini mereka mengambil-alih satu lagi syarikat baru, iaitu Vector.
Vector merupakan salah satu syarikat memfokuskan jam tangan pintar dengan ciri-ciri klasik. Ia telah dimulakan pada 2015 yang lepas, dan menawarkan masa bertahan bateri sehingga 30 hari lamanya.
Dengan pengambil-alihan ini, sama seperti Pebble, pihak Fitbit mengambil-alih kepakaran perisian dan juga pembangunan jam tangan pintar daripada Vector, sementara jenama Vector berkenaan sendiri dilihat seperti akan ditamatkan.
Fitbit sebelum ini telah diperkatakan bakal hadir dengan kedai-aplikasi khusus untuk jam tangan pintar mereka, dan mungkin dengan pengambil-alihan ini ia akan memberikan mereka lebih kelebihan dalam kepakaran perisian. Ia juga mungkin memberikan kelebihan untuk Fitbit dalam membangunkan jam tangan pintar untuk pengguna umum, dan bukan hanya memfokuskan kepada kecergasan semata-mata.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2igmVYm
Post a Comment