Hi! Welcome Back and Stay Tune! AirAsia X Tawar Penerbangan Dari KL Ke Hawaii Serendah RM499 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

AirAsia X Tawar Penerbangan Dari KL Ke Hawaii Serendah RM499

Berita baik buat semua traveller di Malaysia, kini anda boleh terbang terus dari Kuala Lumpur ke Hawaii dengan penerbangan tambang murah AirAsia X dengan harga tawaran serendah RM499.00 sahaja.

Laluan destinasi baru AirAsia X ke Hawaii ini akan beroperasi sebanyak empat kali seminggu. Penerbangan dari Kuala Lumpur, Malaysia ke Honolulu, Hawaii melalui Osaka, Jepun bermula pada 28 Jun 2017.

Harga tawaran ini diumumkan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia X, Datuk Kamarudin Meranun semperna meraikan laluan destinasi terbaru syarikat itu.

“Promosi berkenaan akan bermula 11 Februari hingga 26 Februari 2017 bagi perjalanan dari 28 Jun 2017 hingga 6 Februari 2018. Tempat duduk Premium Flatbed yang memenangi pelbagai anugerah juga turut ditawarkan bermula dari serendah RM2,999* bagi sepanjang tempoh promosi tersebut,” katanya.

Tambah beliau penumpang ke Honolulu yang akan transit di Osaka tidak memerlukan visa bagi memasuki Jepun untuk sepanjang dua jam persinggahan dan boleh kembali ke tempat duduk masing-masing di dalam pesawat setelah pihak sekuriti menjalankan pemeriksaan bagasi atau barangan.

Selain itu, penumpang juga boleh menggunakan servis AirAsia Fly-Thru untuk berhubung dengan mudah ke Honolulu dari bandar lain dalam rangkaian penerbangan luas AirAsia dan AiraAsia X dengan hanya satu hentian tambahan.

Anda boleh dapatkan tawaran istimewa ini di laman web Airasia.com 

Let's block ads! (Why?)





Sumber : VOCKET

P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.