Hi! Welcome Back and Stay Tune! Xiaomi Akan Hadir Dengan Cip Pemprosesan Tersendiri Seumpama Apple, Samsung Dan Huawei - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Xiaomi Akan Hadir Dengan Cip Pemprosesan Tersendiri Seumpama Apple, Samsung Dan Huawei

Beberapa pengeluar peranti menggunakan cip pemprosesan tersendiri dalam lebih mengoptimasikan telefon pintar mereka – sebagai contoh, Apple dengan cip siri-A, Samsung dengan Exynos, dan Huawei dengan Kirin. Kini, pihak Xiaomi turut dilihat akan hadir menggunakan cip pemprosesan yang dibangunkan oleh mereka tersendiri.

Kini, menurut WSJ, Xiaomi dijangka memperkenalkan cip pemprosesan “Pinecone” dalam tempoh sebulan lagi – sekaligus menjadikan mereka syarikat kedua dari China selepas Huawei untuk hadir dengan cip pemprosesan tersendiri.

Penggunaan cip pemprosesan sendiri dijangka akan memudahkan lagi mengoptimasikan MIUI untuk cip berkenaan – selain memudahkan mereka untuk memasuki pasaran luar dan mengawal pengeluaran dengan lebih mudah.

Xiaomi dilihat akan mengawal pengeluaran pemprosesan ini melalui syarikat yang dinamakan Beijing Pinecone Electronics.

Dengan info terbaru ini, maka kita mungkin akan melihat cip berkenaan diumumkan atau diperkenalkan bersama telefon Xiaomi terbaru dalam tempoh sebulan akan datang.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2l095Lg

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.