Hi! Welcome Back and Stay Tune! Apollo Tyres Kini Menawarkan Waranti Tanpa Syarat 1-tahun Di Malaysia Selain Waranti Pengeluar 5-tahun - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Apollo Tyres Kini Menawarkan Waranti Tanpa Syarat 1-tahun Di Malaysia Selain Waranti Pengeluar 5-tahun

Apollo Tyres telah mengumumkan kini menawarkan waranti tanpa syarat (UCW) selama setahun bagi semua jenis tayar bagi kenderaan penumpang untuk para pelanggannya di Malaysia. Tawaran ini adalah tambahan selain waranti pengeluar lima-tahun standard, dan ini turut merangkumi pelindungan kemalangan yang disebabkan keroskan tayar atau impak brek.

“Jenama Apolloo bagi tayar ini diperkenalkan di Malaysia kira-kira setahun yang lalu, dan sejak itu kami bekerja keras untuk menempatkan diri di dalam pasaran ini. Kepercayaan terhadap kualiti, ketahanan dan prestasi produk kami adalah menjadi keutamaan selain waranti UCW yang ditawarkan buat pelanggan di Malaysia,” ujar Shubhro Ghosh, ketua kumpulan rantau ASEAN bagi Apollo Tyres.

Sambungnya lagi, “Kami percaya UCW yang ditawarkan ini mampu meningkatkan kepercayaan pengguna di Malaysia terhadap jenama Apollo, di samping meningkatkan jualan bagi tayar kenderaan penumpang.” Syarikat ini turut mengumumkan pada tahun lalu untuk menyediakan pejabat di Malaysia, serta menubuhkan kumpulan bagi jualan dan kakitangan perkhidmatan yang perlu memenuhi kehendak pelanggan tempatan.

Tayar jenama Apollo dibangunkan di fasiliti yang terletak di Baroda dan Chennai, India. Di Malaysia, Apollo Tyres menawarkan barisan 4G bagi tayar kenderaan penumpang, yang direka dan dibangunkan oleh fasiliti penyelidikan syarikat ini di Netherlands.





Sumber : Siakapkeli

P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.