AMD Ryzen Hanya Akan Disokong Secara Rasmi Untuk Windows 10
Pada minggu ini, beberapa desas-desus hadir mengatakan AMD akan turut menyokong sistem operasi Windows 7 melalui cip pemprosesan Ryzen terbaru mereka. Kini, melalui komen yang dikeluarkan oleh AMD, mereka mengesahkan yang mana cip terbaru mereka kelak hanya akan menyokong sistem operasi Windows 10.
Ini bermakna, tiada sebarang driver rasmi yang akan ditawarkan untuk Windows 7. Perkara ini juga selari dengan apa yang dilakukan oleh Intel melalui cip pemprosesan terbaru mereka.
AMD mengatakan mereka telah menguji cip Ryzen pada dua sistem operasi Windows, iaitu Windows 7 dan juga Windows 10. Tetapi, mereka hanya akan menawarkan sokongan dan driver untuk Windows 10 sahaja.
Langkah ini boleh dikatakan dilakukan dalam mengguna-pakai pelbagai integrasi baru yang dibawakan oleh Microsoft melalui Windows 10, apatah lagi dengan sokongan rasmi untuk Windows 7 yang dijangka tamat dalam beberapa tahun lagi.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2kXxuRT
Post a Comment