Hi! Welcome Back and Stay Tune! 'Apa Faedah Selamatkan Sampah Masyarakat? Patutnya Biarkan Mati Pun Tak Apa' - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

'Apa Faedah Selamatkan Sampah Masyarakat? Patutnya Biarkan Mati Pun Tak Apa'

“Boleh panggil doktor sekarang, tak? Bodoh ke apa buat mesyuarat sekarang. Janji nak beri balik pagi ini. Nanti tak sempat aku nak pergi solat Jumaat.” kata seorang pakcik berkopiah pada jururawat di kaunter.
“Tunggu sekejap ya, pakcik. 15 minit lagi habislah.” balas jururawat itu.
Ketika itu, aku masih lagi seorang pelajar perubatan. menjalani penempatan elektif di Hospital Kajang. Aku tak sertai CME sebab datang lewat pada hari berkenaan. Segan pula nak masuk setengah jalan. Takut disergah dengan soalan.
“Doktor, tolong periksa pesakit ini sekejap.” 
Terpinga-pinga aku dibuatnya. Tengah syok curi dengar drama pakcik yang nak balik itu, tiba-tiba ada orang menyapa. Apabila ditoleh, kelihatan seorang pegawai beruniform serba coklat memandangku sambil menuding jadi kepada seorang pesakit di katil yang tangan digari pada rangka katil.
Di Hospital Kajang, pesakit bergari ditemani Pegawai Penjara adalah perkara biasa. Mana tidaknya, Penjara Kajang berada tidak jauh daripada hospital itu. Jika tahanan penjara itu sakit, pasti dihantar ke Hospital Kajang untuk mendapatkan rawatan.
Pesakit yang ditunjuk oleh pegawai itu nafasnya kencang. Dia duduk bersila sambil tangannya menopang di atas lutut. Persis seperti dukun yang sedang menurun. Sekali-sekala terbatuk.
Aku lakukan auskultasi pada paru-paru pesakit tersebut dan mendapati bunyi pernafasannya teredam. Alamak, itu petanda yang tak baik! Maka, aku segera maklumkan perkara itu kepada jururawat yang sedang melayan pakcik tadi.
Setelah menerima makluman daripada aku, jururawat itu segera meminta diri dan meninggalkan pakcik yang berang itu lantas mengambil bacaan tanda vital pesakit yang sesak nafas tadi. BP 100/65 mmHg. PR 101 bpm. SPO₂ 80% under room air. RR 42 bpm.
Ringkasnya, bacaan tanda vitalnya sangat membimbangkan. Jadi, tanpa melengahkan masa, jururawat itu memanggil doktor di bilik seminar di mana sesi CME sedang berlangsung. Dua orang doktor bergegas keluar dari CME untuk memeriksa pesakit yang dimaksudkan.
“Doktor! Doktor!” teriak pakcik apabila terlihat doktor-doktor tersebut, namun teriakannya itu tidak diendahkan.
Pesakit sesak nafas itu diperiksa dan secara klinikal didapati berkemungkinan mengalami kebocoran plasma sehingga menyebabkan paru-parunya ditenggelami cecair plasma. Ini adalah salah satu komplikasi denggi yang amat digeruni oleh para doktor. Jika ia berlaku, bila-bila masa pesakit boleh meninggal.
Setelah pesakit distabilkan dan sedang diuruskan untuk dihantar ke ICU untuk pemantauan rapi, pakcik yang tak sabar mahu pulang itu menyindir dengan suara yang keras.
“Boleh pula panggil doktor untuk tengok si banduan itu. Tadi aku suruh panggil doktor, kata tak boleh. Banduan yang tak bayar cukai itu lagi penting dari aku ke?” ujarnya.
Para doktor serta jururawat mendiamkan diri sahaja.
“Apa faedahnya selamatkan sampah masyarakat? Patutnya, biar mati saja pun tak apa. Ini tidak, dia orang pula lagi diutamakan. Bodoh betul.” sambungnya lagi. Mungkin tak berpuas hati kerana sindiran pertamanya tadi tidak dilayan.
Mendengar sindiran itu, Pegawai Penjara tadi melangkah mendekati pakcik separuh abad itu, kemudian membongkok agar matanya bertentangan separas dengan pakcik yang sedang duduk bersandar di atas katil.
“Pakcik tahu tak? Syurga itu dipenuhi oleh pendosa-pendosa yang bertaubat. Manakala neraka pula dipenuhi oleh orang-orang alim yang munafik.” ujar pegawai berkenaan dan lantas beredar.
Epik. Rasa macam nak tepuk tangan atas respons yang diberi oleh Pegawai Penjara itu. Namun aku bendung keinginan tersebut kerana tindakan itu sangat tak beretika. Aku perasan ada beberapa orang pesakit senyum sinis. Seorang menekup mulut, mungkin menahan gelak.
Lumrah bagi kita untuk membenci seorang pendosa. Namun layakkah kita melayani mereka dengan buruk? Adakah kita pasti kita lebih baik daripada mereka?






Sumber : Siakapkeli

P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.