Hi! Welcome Back and Stay Tune! Microsoft Menambah Sokongan Bacaan Dokumen PDF Pada Office Insider Untuk Android - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Microsoft Menambah Sokongan Bacaan Dokumen PDF Pada Office Insider Untuk Android

Bagi mereka yang selalu bekerja di luar, keupayaan membaca pelbagai format fail adalah sesuatu yang penting. Ini kerana kebiasaannya, jumlah storan di peranti mudah-alih tidaklah begitu banyak, dan pengguna tidak begitu ingin memuat-turun begitu banyak perisian untuk membuat sesuatu kerja.

Terkini, Microsoft baru sahaja mengemaskini aplikasi Microsoft Office For Android, dan telah menambahkan beberapa ciri-ciri baru kepada Office, Excel dan PowerPoint For Android untuk pengguna-pengguna Office Insider mereka.

Office Insider

Aplikasi Word For Android telah dikemaskini dengan ciri sokongan fail PDF di dalam aplikasi tersebut. Ini bukan sesuatu yang baru pada aplikasi dari Microsoft, memandangkan OneDrive sudah mempunyai ciri ini buat masa yang lama. Tetapi dengan integrasi pada Word, pengguna boleh lakukan lebih banyak perkara melaluinya pada hari ini.

Excel for Android pula kini boleh membuka fail spreadsheet yang mengandungi kod skrip, Query Table dan parameter data yang kompleks.

Dalam pada itu, tiga aplikasi Office, termasuklah Word, Excel, dan PowerPoint juga boleh menambahkan efek Shadow dan Reflection untuk memperbaiki kualiti gambar-gambar yang digunakan dalam aplikasi-aplikasi ini.

Untuk menggunakan ciri ini, anda hanya perlu meletakkan gambar di dalam salah satu aplikasi-aplikasi ini, pilih gambar tersebut, dan kemudiannya pilih efek yang ingin anda gunakan.

Seperti yang kami katakan sebelum ini, ciri-ciri baru ini adalah untuk mereka yang mendaftar untuk Office Insider, dan mungkin akan mengambil sedikit masa sebelum diperkenalkan kepada umum.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2kbiTht

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.