Hi! Welcome Back and Stay Tune! Permua Postknight Kini Keluar Secara Rasmi – Jadilah Kesatria Pos Yang Comel - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Permua Postknight Kini Keluar Secara Rasmi – Jadilah Kesatria Pos Yang Comel

Syarikat pembina permua (permainan mudah-alihKing’s League dan Tiny Guardians baru sahaja melancarkan permua terbaru mereka yang bertajuk Postknight.

Postknight ialah sebuah permua RPG, di mana anda bermain sebagai seorang watak kesatria pos di kerajaan Kurestal yang ditugaskan menghantar pelbagai surat dan bungkusan di kawasan-kawasan yang merbahaya.

Sepanjang perjalanan anda sebagai seorang Postknight, anda juga boleh level up watak anda, dapatkan set perisai yang mempunyai reka-bentuk yang menarik, dan juga berjumpa watak-watak yang menarik di sekitar kerajaan Kurestal.

Dalam pada anda menjalankan misi jalan cerita utama, anda juga boleh melakukan misi sampingan untuk menaikkan level watak anda, serta mengumpul bahan-bahan untuk menaik taraf perisai dan potion anda.

Semakin tinggi level anda, bukan sahaja akan anda dapat melawat kawasan-kawasan yang baru, anda juga akan mendapat keupayaan-keupayaan baru yang akan membantu anda membunuh raksasa dengan cepat.

Postknight kini berada di Google Play Store dan Apple Store, dan boleh dimuat turun dengan percuma.

Muat Turun: Postknight untuk iOS

Muat Turun: Postknight untuk Android






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2ktmkRz

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.