Hi! Welcome Back and Stay Tune! Rafizi Gesa Hapuskan Amalan Lantik Ahli Politik Untuk Jawatan Berkaitan GLC - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Rafizi Gesa Hapuskan Amalan Lantik Ahli Politik Untuk Jawatan Berkaitan GLC

Naib presiden PKR, Rafizi Ramli menggesa kerajaan BN dan Pakatan Harapan (HARAPAN) supaya tidak melantik ahli politik bagi memegang jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Katanya, beliau menyokong cadangan bekas timbalan gabenor Bank Negara, Datuk Latifah Merican agar Felda dan IMDB, diletakkan di bawah pengawasan parlimen.

Menjelaskan panjang lebar bagaimana parlimen boleh memastikan hanya mereka yang benar-benar layak dilantik ke GLC, Rafizi mengakui bahawa pelantikan ahli-ahli
politik masih diamalkan di negeri-negeri HARAPAN.

“Saya akan menulis secara rasmi sebagai ahli parlimen kepada YAB Datuk Seri Azmin Ali dan YAB Saudara Lim Guan Eng agar pandangan saya ini dapat dipertimbangkan oleh kerajaan Selangor dan Pulau Pinang,” katanya menegaskan bahawa pendirian itu merupakan pandangan peribadi beliau.

Dalam kenyataan medianya, Rafizi mencadangkan jawatankuasa terpilih yang baru untuk mengawal selia perbelanjaan dan prestasi kementerian serta agensi-agensi kerajaan.

Manakala satu lagi jawatan kuasa terpilih mengawal selia perbelanjaan dan prestasi badan pelaburan kerajaan, Petronas dan GLC.

Beliau berkata, jawatankuasa terpilih itu juga boleh diberi kuasa menjalankan proses pengesahan pencalonan untuk mengesahkan calon-calon ketua pegawai eksekutif (CEO), pengarah urusan dan pengerusi yang dicadangkan perdana menteri.

Rafizi mengingatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa desakan untuk memisahkan kawal selia di GLC semakin memuncak.

“Sentimen rakyat telah bertukar menjadi penolakan kepada penglibatan ahli politik di dalam badan-badan ini disebabkan pelbagai skandal yang berlaku di bawah pentadbiran beliau yang melibatkan kepimpinan ahli politik di badan/syarikat milik kerajaan,” katanya.

Rafizi berkata, Najib perlu menyahut seruan tersebut dan menukarkan tujuh daripada 10 lantikan politik dalam lembaga pengarah Tabung Haji dan enam daripada 11 lantikan politik dalam lembaga pengarah Felda.

Ia termasuk Pengerusi Tabung Haji, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim yang juga ahli parlimen Baling dan Pengerusi Felda yang baru dilantik, Tan Sri Shahrir Samad.

The post Rafizi Gesa Hapuskan Amalan Lantik Ahli Politik Untuk Jawatan Berkaitan GLC appeared first on Atas Pagar – Isu Semasa & Politik Malaysia.





Sumber : Siakapkeli

P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.